Home » » Bijak makan kesihatan terjamin

Bijak makan kesihatan terjamin

Kita boleh bermegah dengan negara kita yang dikenali sebagai syurga makanan. Idamilah apa sahaja jenis makanan, pasti mampu mendapatkannya dengan harga yang berpatutan.

Namun, label syurga makanan itu menimbulkan masalah lain kepada penduduknya. Malaysia dikatakan menghadapi masalah obesiti paling teruk dan perlu diatasi segera jika kita tidak mahu rakyat menghadapi pelbagai jenis penyakit kronik.

Masalah obesiti atau kegemukan dapat diatasi jika kita mempunyai semangat yang kuat untuk mengubah corak pemakanan kita. Dengan mengamalkan bijak makan, seseorang itu pasti akan mencapai berat badan unggul dan dapat menjauhi pelbagai jenis penyakit yang boleh membahayakan kesihatan.

Menurut Penolong Pengarah (Pemakanan), Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Jabatan Kesihatan Awam, Kementerian Kesihatan, Mohd Khairulnizam Baharum, wanita khususnya yang telah berkahwin dan bersalin, amat mengimpikan untuk memiliki semula bentuk badan seperti semasa anak dara dahulu.

“Impian itu akan menjadi kenyataan jika seseorang wanita itu menjaga pemakanannya dan tidak lupa bersenam,’’ kata.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Bijak Makan: Cara Mencapai Berat Badan Unggul’ pada Kursus Bersiri Pembangunan Keluarga - Pemakanan Bestari, Keluarga Berkualiti anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambahnya, berbanding lelaki, wanita menghadapi banyak godaan untuk makan. Contohnya, jika suami atau anak tidak habis makan, isteri atau ibu yang ‘menolong’ menghabiskannya.

“Tanya diri anda sendiri, adakah cara pemakanan anda betul, adakah anda merokok, cukup bersenam, mempunyai lebih berat badan atau terlalu banyak tekanan.

“Tidak dinafikan juga kita banyak menghabiskan masa dan makan di luar. Kita tiada pilihan mengenai makanan yang kita makan yang biasanya berminyak, berlemak, terlalu manis atau terlalu masin,’’ ujarnya.

Beliau berkata, kesan daripada amalan pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan kanser, hipertensi, diabetes, obesiti, osteoporosis, kurang berat badan, penyakit jantung, keracunan makanan dan gout.

Oleh itu, seseorang itu harus mengetahui berat badan unggul masing-masing. Berat badan yang unggul adalah apabila Indeks Jisim Tubuh (IJT) berada pada 18.5-24.9 dalam pengkelasan IJT.

Jika kurang daripada 18.5 maka seseorang dianggap kurang berat badan, 25 hingga 30 pula dianggap lebih berat badan, manakala 30 atau lebih dianggap obes.

Katanya lagi, mengurangkan lima peratus hingga 15 peratus berat badan, boleh memperbaiki taraf kesihatan dan meningkatkan kualiti hidup.

“Kepentingan mengawal berat badan berlebihan akan mengurangkan risiko penyakit dan masalah berkaitan, rasa sihat, menambah keyakinan, senang bergerak serta nampak segak, cantik dan menawan.

“Kenali makanan anda dan amalkan makan secara sihat. Makan pelbagai jenis sayur dan buah-buahan. Jangan makan satu jenis sahaja kerana setiap jenis sayur dan buah mempunyai kandungan tertentu yang tidak sama,’’ jelas Mohd Khairulnizam.

Menurutnya, di antara banyak jenis buah, mangga mengandungi banyak vitamin A. Begitu juga dengan sayur turi dan ini telah terbukti dalam kajian makmal. Kedua, ialah cekur manis, daun kelo, lobak merah, pucuk ubi, bayam merah, kailan, pegaga, bayam hijau dan tomato.

Sementara itu, kandungan vitamin C paling banyak dalam sayur kelo, pucuk ubi, daun turi, kailan, pucuk gajus, sawi, bayam, pegaga, ulam raja, selom, kangkong dan tomato.

“Perlu diingat tiada satu jenis makanan pun yang boleh membekalkan keperluan untuk seluruh tubuh,’’ tegas Mohd Khairulnizam.

Beliau berkata, seseorang itu harus melihat kepada cara makannya. Adakah anda seorang yang bukan jenis bersarapan pagi, makan pada waktu yang tidak tentu, makan lewat malam, suka makan snek, suka makanan manis dan suka makanan segera.

Terdapat juga yang makan snek kerana kononnya tidak mahu makan berat seperti nasi.

Sebenarnya snek adalah perlu untuk mengalas perut di antara waktu makan utama.

Pilih snek yang berkhasiat seperti susu, dadih, keju, tauhu sumbat, kacang kuda atau jagung rebus dan kuih seperti pau dan apam serta buah-buahan.

Jika hendak makan snek, lakukanlah dengan bijak. Jangan makan terlalu banyak, jangan makan terlalu dekat dengan waktu makan utama, kurangkan makanan yang berlemak seperti biskut berkrim atau kek, coklat, aiskrim dan kerepek serta jauhi makanan kurang berkhasiat seperti gula-gula, jeruk dan asam boi.

“Contohnya coklat, anda cuma memerlukan masa 40 saat untuk menghabiskan coklat namun memerlukan 40 minit untuk membakar kalori yang terdapat di dalam coklat dengan melakukan latihan fizikal lasak,’’ kata beliau.

Amalan pemakanan yang sihat jelasnya, tidak memerlukan anda mengambil pil zat tambahan atau suplemen.

Sebelum mengambil sebarang jenis suplemen, dapatkan nasihat doktor dan pakar kesihatan terutama mereka yang mempunyai penyakit, mengandung atau merancang untuk menjalani pembedahan.

“Zat tambahan hanya diperlukan oleh orang yang sakit, baru pulih daripada penyakit, hamil, bersalin, warga emas atau individu yang mengamalkan diet vegetarian,’’ ujarnya mengakhiri ceramah.

Pemakanan dan berat badan

Apakah berat badan sepatutnya?

Manusia dilahirkan dengan saiz, tinggi, dan bentuk badan yang berbeza. Sebab itu, tidak semua orang mempunyai ketinggian, bentuk, dan berat badan yang sama. Berat badan sepatutnya dikategorikan sebagai sederhana, iaitu tidak gemuk dan tidak pula kurus. Jika anda hendakkan berat badan sebegini, anda perlu menjauhi makanan yang mengandungi banyak lemak dan kalori. Tetapi, jangan berlapar sehingga badan berubah menjadi kurus. Makanlah dengan cukup. Oleh itu, banyakkan makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran kerana badan anda amat memerlukan makanan tersebut.

Pemakanan

Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan penukaran makanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitamin, protein, lemak, dan sebagainya.

Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu, dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan anda.

Apakah Indeks Jisim Badan?

Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.


Panduan Memikat. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Doa Pengasih
Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Kuruskan Badan. Keterangan lanjut, sila klik sini.




0 Komen:

Post a Comment

Affiliates

 
Chatroom