Home » » Bodysuit kurangkan selulit

Bodysuit kurangkan selulit

Oleh ROSLAH OTHMAN

TANYALAH kepada sesiapa, baik wanita mahupun lelaki tidak ada yang sukakan selulit. Ia bukan sahaja sesuatu yang menakutkan bahkan dibenci kerana longgokan kecil sel-sel lemak yang terkumpul di bahagian bawah kulit benar-benar menjejaskan penampilan.

Sesuatu yang perlu diketahui, masalah selulit boleh berlaku sama ada wanita itu obes, kurus mahupun memiliki berat badan normal.

Penampilan selulit cenderung menjadi lebih teruk seiring dengan peningkatan usia wanita yang sudah lama memilikinya.

Selulit yang juga dikenali sebagai `kulit oren’ yang dilapah biasanya terdapat di bahagian tertentu anggota badan seperti di bahagian belakang paha, betis dan bahagian lengan.

Kemunculan selulit disebabkan apabila penyimpanan lebihan lemak di dalam sel badan menjadi tidak seimbang.

Semua ini menjadi lebih teruk oleh pengumpulan toksin-toksin dan sebatian-sebatian seperti gula, lipid dan protein.

Bagi mengatasi masalah seumpamanya, Bodysuit Texenergy, yang merupakan seluar pendek melebihi pinggang dan sampai ke lutut, diperbuat daripada gentian kain Texenergy diperkenalkan.

Mengandungi tembaga, zink dan silikon ia dijalin dengan mikroserat bagi memberi kesan menakjubkan dalam tempoh tertentu.

Gabungan serat-serat itu mencipta satu arus elektrik yang kecil yang merangsang mikro edaran dalam urat-urat, membantu untuk menghapuskan lebihan lemak.

Kajian oleh Pakar Allergology dan Dematology, Itali Dr Marisa Mosca dan Pakar Pharmacology, Dr Cludia Rona menunjukkan fungsi metallotherapy yang merupakan satu terapi purba di mana logam yang diletakkan pada bahagian tertentu badan digunakan untuk tujuan penyembuhan.

Sementara tembaga dan zink membangkitkan stimulasi untuk memulihkan edaran dan membantu membuang terkumpul cecair dan lemak. Manakala tembaga merupakan pengalir haba yang baik, dan merangsang satu mikro semasa pada kain, tidak terkecuali silikon yang dikatakan melindungi kulit.

Kajian ke atas 21 wanita berusia antara 21 dan 65 mendapati mereka adalah sihat, tidak mempunyai kehiperpekaan untuk pakaian dan tidak mengubah corak pemakanan atau aktiviti fizikal biasa.

Mereka memakai pakaian untuk setiap hari lapan jam, untuk lapan minggu. Selain ketebalan kulit, kekenyalan dan suhu kulit antara yang diukur sepanjang kajian.

Dalam tempoh empat minggu memakai bodysuit, kajian membuktikan, terdapat perubahan positif, dengan kesan pelangsingan segera.

Bodysuit Texenergy dan pelbagai produk lain boleh didapati di Panmedic Sdn Bhd.



0 Komen:

Catat Ulasan

Affiliates

 
Chatroom