Home » » Ramai wanita Malaysia mangsa 'serbuk emas'

Ramai wanita Malaysia mangsa 'serbuk emas'

''Modus operandi yang digunakan dalam kes Nurul dan Ija juga hampir sama dengan saya iaitu dikehendaki menjadi penghantar buku pendidikan dan diberi pelancongan percuma,"

Sharon tampil mendedahkan pengalamannya di Venezuela setelah membaca berita pemain dram kumpulan Fotograf, Sham Ahmad dipenjarakan di Venezuela kerana didapati cuba membawa keluar 4.6 kilogram dadah dari negara itu pada 25 November lalu.

Sharon memberitahu dia mengetahui mengenai dua wanita itu yang hanya dikenali sebagai Nurul dan Ija ketika mendapat perlindungan selama 21 hari di kedutaan tersebut sebelum pulang ke Malaysia pada 27 November lalu.

................

Oh!! Sungguh malang nasib anak gadis Melayu yang terpaksa menjalani hukuman penjara di negara asing kerana terpedaya dengan tawaran hebat sindiket dadah antarabangsa. Bagi saya, Sharon bijak dan sangat bernasib baik kerana berjaya menghidu penipuan dan tipu daya sindiket itu sebelum diberkas pihak berkuasa. Kenapa anak gadis Melayu seperti Ija dan Nurul tidak berfikiran dan bertindak seperti Sharon? Kenapa mereka mudah sangat ditipu?

Tawaran lumayan dengan pelancongan percuma hanya menjadi penghantar barang? Tidak masuk akal ada pihak 'halal' yang begitu bermurah hati menaja pelancongan kita beserta duit poket yang lumayan dengan syarat yang begitu mudah. Kecualilah kita menang pertandingan yang sah dan dapat duit dan tiket percuma. Atau mendapat hadiah perkahwinan dari saudara mara...huhuhu.

Sepatutnya kita kena fikir masak-masak dahulu kenapa pihak terbabit begitu pemurah menaburkan kita wang lebih-lebih lagi jika kita tidaklah mengenali mereka dengan begitu rapat. Tentu ada 'something fishy'. Sindiket pengedaran dadah antarabangsa ini begitu licik dan pandai memujuk rayu mangsa. Ada yang terdesak sehingga terpaksa menabur cinta untuk memujuk rayu si mangsa untuk bersetuju membawa 'barang' ke luar negara.

Kini, mungkin di negara kita sudah berkembang sindiket penyeludupan manusia antarabangsa pula. Tengoklah kes-kes kanak-kanak hilang yang semakin menjadi-jadi. Ada yang selamat ditemui, ada yang hilang terus dan yang paling malang, ada yang ditemui sudah tidak bernyawa.

Di Amerika, ada Amber Alert. Kita pula sudah ada Nurin Alert.

Harap penjenayah kedua-dua senario ini dapat ditangkap secepat mungkin dan dihukum secukup-cukup.



1 Komen:

IbnRajab berkata...

Assalamu'alaikum..

Saja melakukan lawatan balas.. wah banyak juga perkara yang dibincangkan dalam nih ya?

Tahniah..

Catat Ulasan

Affiliates

 
Chatroom