Home » » Kuning telur cantikkan wajah, rambut

Kuning telur cantikkan wajah, rambut

DI PANTAI TIMUR, kuning telur sering dimanfaatkan untuk menghasilkan pelbagai jenis kuih. Bagaimanapun, jika anda seorang yang peka perihal kecantikan, kuning telur boleh digunakan sebagai alternatif menggantikan produk kecantikan dalam pasaran. Manfaatnya tetap sama, malah tidak memerlukan belanja yang besar.

Untuk mengatasi masalah rambut kusut:

Bahan:

Satu sudu minyak zaitun

Sebiji telur (ambil kuningnya saja)

Satu cawan air

Caranya:
Pukul kuning telur sehingga kembang kemudian masukkan minyak zaitun. Masukkan air dan teruskan mengadun ramuan sehingga sebati. Oles pada rambut dan kulit kepala. Selepas ramuan kering, bilas rambut anda dengan air hangat.


Untuk pupur anti kedut:

Bahan:
Sebiji telur (ambil kuningnya saja)

Dua sudu makan susu segar

Caranya:
Pukul kuning telur dan masukkan susu segar ke dalam adunan sehingga sebati. Sapukan pada wajah seperti menyapu masker. Biarkan untuk lima minit sehingga pupur kering. Elakkan bercakap atau tersenyum ketika rawatan bagi mengelakkan muka berkedut. Kemudian bilas dengan air hangat. sumber: www.conectique.com



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom