Home » » Rawatan wajah di rumah

Rawatan wajah di rumah

MELAKUKAN rawatan muka di rumah kedengaran seperti asing dan merumitkan. Bagaimanapun, jika difikir secara logik, rawatan muka di rumah sebenarnya lebih tenang dan murah.

Sediakan bahan yang diperlukan dan luangkan hanya 25 minit untuk melakukannya.

Bahan:

Pembersih wajah
Krim untuk pengelupasan (scrub)
Air hangat
Pupur (ikut kesesuaian jenis kulit wajah)
Pelembap

Caranya:
1. Bersihkan wajah

Bertujuan untuk membuang segala kekotoran pada wajah. Untuk kulit berminyak dan kombinasi, gunakan sabun pembersih jenis buih manakala untuk kulit kering, gunakan susu pembersih.

2. Pengelupasan

Gunakan jari tangan, sapukan skrub dalam gerakan membulat pada wajah. Tumpukan pada Zon-T (hidung dan dahi) jika kulit anda jenis kombinasi. Apabila selesai, basuh wajah anda sehingga bersih kerana sisa skrub yang tertinggal boleh menyebabkan kulit kering.

3. Pengewapan

Tuangkan air panas dengan berhati-hati ke dalam besen kecil. Kenakan wajah pada wap daripada air panas berkenaan. Boleh juga gunakan tuala yang dicelup ke dalam air panas bercampur sedikit air sejuk lalu ditekan lembut pada wajah sebanyak 2 hingga 3 kali.

4. Sapukan pupur

Jika mempunyai kulit berminyak, gunakan pupur daripada bahan berasaskan tanah liat. Jika berkulit kering, gunakan pupur berasaskan gel atau krim hidrasi. Sapukan untuk tempoh 10 hingga 20 minit. Hindarkan kawasan mata. Apabila kering, bolehlah dibersihkan dengan air biasa.

5. Pelembap

Langkah akhir, pupuk krim pelembap pada wajah. Elakkan menggunakan krim dengan kandungan retinol kerana ia akan menyebabkan kulit mengelupas.

sumber: www.wikipedia.com



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom