Home » » Tidur Boleh Mengurangkan Lemak

Tidur Boleh Mengurangkan Lemak

Penemuan terbaru telah menunjukkan bahawa individu yang tidur lebih lama daripada purata mempunyai kaitan dengan penurunan berat badan. Malah, penemuan ini juga menjurus kepada kajian lebih lanjut mengenai kaitan masa tidur dengan penurunan berat badan.

Kajian yang dilakukan oleh Sekolah Perubatan, Eastern University ke atas 1000 individu menunjukkan jumlah masa tidur yang semakin berkurangan telah diikuti dengan peningkatan Body Mass Index (BMI).

Kaum lelaki tidur secara purata 27 minit kurang daripada wanita dan individu yang berlebihan berat badan serta obes mempunyai masa tidur kurang daripada individu berat badan normal. Secara umumnya, individu yang berlebihan berat badan tidur 1.8 jam kurang daripada individu normal seminggu secara purata.

Pihak Eastern University juga mendapati bahawa menambahan masa tidur yang berlebihan tidak mengubah apa - apa situasi. Oleh itu, mereka mencadangkan penambahan tidur sebanyak 20 minit daripada jumlah purata masa tidur mencukupi untuk mengurangkan BMI.

Kajian yang berkaitan juga menunjukkan individu yang tidur kurang daripada purata masa tidur individu normal boleh menyebabkan ransangan penghasilan hormon Leptin yang bertanggungjawab meningkatkan selera makan. Bukan itu sahaja, tidur yang kurang dikalangan kanak - kanak dan remaja yang sedang mengalami tumbuh besaran akan menyebabakan proses pertumbuhan mereka terganggu.



0 Komen:

Post a Comment

Affiliates

 
Chatroom