Home » » Khasiat Teh Misai Kucing

Khasiat Teh Misai Kucing

NAMANYA memang pelbagai, daripada misai kucing, kumis kucing, rumujung di kepulauan Jawa, teh Jawa dan yaa nuat maeo di Thailand.

Apa sekalipun nama gelarannya, pohon herba yang lebih dikenali sebagai misai kucing di negara ini atau nama saintifiknya, orthosiphon staminues, kian mendapat tempat di kalangan pelbagai lapisan masyarakat lantaran khasiat semula jadi tumbuhan berkenaan.

Berdasarkan kajian, daunnya yang sudah dikeringkan bersifat diuretik apabila daun berkenaan terdiri daripada sebatian kimia orthosifonin dan garam kalium. Ia adalah bahan utama yang membantu melarutkan asid urik, fostat dan oksalat dalam ginjal.

Tiga komponen berkenaan pula, jika tidak dibuang daripada ginjal boleh menyebabkan pembentukan batu karang.

Justeru, herba misai kucing membantu merawat masalah batu karang, membersihkan saluran kencing dan sakit waktu hendak membuang air kecil di samping membantu mereka yang menghadapi masalah keputihan dan sakit sendi.



4 Komen:

kaitokid724 said...

Blom pernah minum teh misai kucing, but aku paling suka minum teh di pagi atau sore hari sungguh mengasyikkan apalagi bersama keluarga.
http://www.infogue.com/kesehatan/khasiat_teh_misai_kucing/

kelmen said...

teh misai kucing memang bagus bagi kita, ia bukan saja baik untuk badan, tapi baik juga untuk kecantikan kulit badan kita.

Nong Andy said...

Minta izin copy info ini ke blog sy ya..

Anonymous said...

memang betul teh misai kucing memberi khasiat yg baik untuk badan kita.saya ada menjual teh misai kucing berjenama milysa.siapa yg nk beli boleh hubungi/add saya,Diana Rossa di facebook untuk keterangan lanjut.

Post a Comment

Affiliates

 
Chatroom