Home » » Tip Diet Rendah Lemak

Tip Diet Rendah Lemak

Anda impikan tubuh yang langsing untuk kelihatan menawan tatkala mengenakan busana pengantin di hari paling membahagiakan anda? Bagaimana cara terbaik dan paling singkat untuk mendapatkan tubuh langsing idaman anda?

Mudah sahaja, pastikan anda mengikuti tip pemakanan ini dengan baik enam bulan sebelum bergelar isteri. Nescaya bakal suami akan terpegun apabila memandang tubuh ramping anda ketika melangkahkan kaki di atas gerbang pelamin.

TIP DIET RENDAH LEMAK

1. Minuman dan makanan bersusu seperti yogurt dan cheese masih boleh diambil oleh bakal pengantin tapi pastikan ianya berlabel rendah lemak.

2.Makanan bijirin seperti biji gandum, nasi, nasi perang, oat, pasta dan sebagainya masih diperlukan tetapi dalam kuantiti yang sederhana.

3. Sayuran dan buah-buahan segar paling penting untuk kulit segar dan berseri. Jika kurang berminat dengan sayur atau buah-buahan segar, anda juga boleh mengambil sayuran yang telah disejukbeku atau buah-buahan kering.

4. Buat bakal pengantin anda digalakkan mengambil telur goreng atau telur rebus maksimum 4 kali seminggu.

5. Pada penggemar daging dan ikan anda perlu berpantang sebelum tibanya hari bahagia. Pastikan anda mengambil daging ayam, kambing atau lembu pada kadar kuantiti yang sedikit. Anda dinasihatkan menyediakan makanan ini dengan cara membakar, merebus atau mengukus.

6. Jangan ambil makanan atau minuman beralkohol. Selain membahayakan keselamatan ianya juga membahayakan kesihatan tubuh badan anda.

7.Baca label produk sebelum membeli sebarang makanan atau minuman. Pastikan kandungan lemaknya adalah rendah.

8.Kurangkan pengambilan makanan yang telah diproses. Biasanya makanan yang telah diproses mengandungi perisa tambahan yang tinggi kandungan lemaknya.

9.Elakkan mengambil makanan seperti kek, pastri, biskut, coklat dan makanan ringan yang mengandungi banyak lemak dan minyak.

10.Elakkan mengambil minuman susu penuh krim dan ais krim.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom