Home » » Diet ikut darah

Diet ikut darah

Oleh Siti Nur Almizan Aripin

Amalan pemakanan secara bersukat cenderung mengalami masalah ketidakseimbangan nutrisi


MENGAMALKAN pemakanan berjadual mengikut jenis diet tertentu kini menjadi trend di kalangan masyarakat. Ada yang mengamalkannya secara melulu, sebahagian lagi menjadikan internet sebagai rujukan.

Antara jenis diet yang menjadi amalan dan didakwa mampu membantu mengekalkan kesihatan badan selain tujuan menguruskan badan adalah diet mengikut jenis darah atau Blood Type Diet (BTD) diperkenalkan Dr Peter D’Adamo melalui buku tulisannya, Eat Right 4 Your Type dan Lectins: The Diet Connection buat pertama kalinya pada 1997

Bagaimanapun pakar pemakanan menolak dakwaan D’Adamo kerana menurut mereka BTD tidak diiktiraf secara saintifik. Mengapa berlaku percanggahan ini.

Teori diet D'Adamo tidak diiktiraf

DIET mengikut jenis darah atau Blood Type Diet (BTD) diperkenalkan Dr Peter D’Adamo melalui buku tulisannya, Eat Right 4 Your Type dan Lectins: The Diet Connection buat pertama kalinya pada 1997.

TAN menunjukkan amalan pemakanan seimbang berdasarkan piramid makanan.
Ia adalah diet asas dengan kepercayaan jenis darah adalah faktor terpenting menentukan diet yang sihat. Bagaimanapun ia dikritik hebat oleh pakar pemakanan, nutrisi dan doktor kerana teori itu tidak dibuat berasaskan kajian saintifik.

Evolusi teori kumpulan darah yang digunakan D’Adamo adalah berasaskan kajian oleh William C Boyd seorang antropologi darah yang membuat kajian mengenai kumpulan darah. Dalam buku tulisan Boyd, Genetics and the races of man: An introduction of blood groups, physical anthropology diterbitkan pada 1950, Byod menerangkan bagaimana analisis genetik terhadap kumpulan darah dan bangsa seseorang itu boleh membezakan genetik. Daripada pemahaman inilah, Boyd mengagihkan populasi dunia kepada 13 bangsa.

Kemudian, D’Adamo mengagihkan pula 13 perbezaan itu bersama-sama dengan jenis darah dengan setiap jenis darah dalam 13 kumpulan itu memerlukan diet yang berbeza.

Bagaimanapun BTD yang dirumuskan berdasarkan teori D’Adamo tidak diiktiraf secara saintifik kerana ia diandaikan mengikut teori tindak balas kimia lectin iaitu sejenis protein dalam makanan yang mana jenis darah diprogramkan secara genetik untuk menerima atau menolak.

Teori itu mengandaikan, sebarang ketidakserasian antara lectin dan jenis darah akan mengakibatkan rumpuan sel yang dipanggil percantuman pada bahagian sel berkenaan yang akan mengganggu pencernaan, metabolisme, masalah berat badan dan juga mengakibatkan sistem keimunan tidak berfungsi dengan berkesan.

Namun, itu hanyalah teori tanpa asas saintifik. Persoalannya, mengapa ia menjadi ikutan? Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Pantai, Tan Shy Pyng berkata, untuk kurus dan kekal langsing membuatkan manusia sanggup berbuat apa saja. Malah, pelbagai formula kurus dicipta dan disebarkan secara meluas melalui media terutama internet membuatkan ramai berani mencuba.

“Ada banyak jenis diet antaranya Diet Atkin, BTD dan banyak lagi namun ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan. Mereka yang mengamalkan pemakanan bersukat cenderung mengalami masalah ketidakseimbangan nutrisi di dalam badan, mungkin disebabkan memilih makanan.

“Mereka percaya jenis kumpulan makanan tertentu perlu diambil dalam jumlah tertentu sedangkan ia tidak benar. Misalnya BTD tidak menggalakkan individu berdarah O mengambil makanan tinggi karbohidrat dan perlu meningkatkan pengambilan protein.

“Tapi, menurut pandangan pakar pemakanan dan perubatan, cara itu boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah krisis tenaga disebabkan kekurangan karbohidrat. Mungkin yang mengamalkan BTD akan kurus dalam tempoh tertentu tapi proses yang terjadi tidak normal dan memudaratkan,” katanya.

Pengambilan protein berlebihan boleh menyebabkan ia berkumpul menjadi urea dan creatinine (bahan kumuh). Jumlah pengambilan protein yang banyak akan membebankan buah pinggang dan lama-kelamaan akan menjejaskan fungsi organ itu.

“Biasanya masalah berkenaan hanya akan dapat dilihat dalam tempoh 10 hingga 15 tahun,” katanya.

BTD juga diperkenalkan bukan hanya untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan tapi ia turut disyorkan pada pesakit kanser. Secara asasnya, pesakit kanser sememangnya memerlukan protein dan kalori tapi jumlah kalori yang banyak akan menyebabkan sistem imun hilang.

“Sebagai penyelesaian, jika seseorang ingin mengurangkan berat badan, cara yang paling betul adalah mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup sihat. Perhatikan apakah punca masalah kegemukan? Faktor utama adalah makanan segera dan kurang senaman.

“Kanak-kanak juga ramai yang mengalami masalah obesiti. Ia disebabkan tabiat mereka yang berubah, tidak aktif, malas bersenam dan memakan makanan segera,” katanya.

Tan berkata, bersenam tidak akan memberikan hasil segera seperti mengamalkan diet atau mengambil pil kurus tapi ia memerlukan tempoh dan kesungguhan. Sebagai permulaan, seseorang yang berbadan besar boleh memulakan senaman seperti jalan kaki atau joging.

“Kami juga menggalakkan pesakit yang datang berjumpa pakar pemakanan menukar gaya hidup mereka yang kuat makan atau makan makanan tidak sihat, kurang bersenam atau masalah genetik.

“Mereka yang aktif tapi masih gemuk biasanya disarankan mengurangkan pengambilan karbohidrat supaya apabila bersenam, tenaga yang bertukar menjadi lemak akan terbakar.

“Selain itu, mereka juga perlu tukar cara pemakanan. Cara masakan dan kuantiti mempengaruhi. Jika sebelum ini suka masakan bersantan, selepas ini amalkan makanan sup atau tanpa santan,” katanya.

Kata Tan, jika sebelum ini mereka yang mengalami masalah kegemukan sering putus asa untuk menjalani rawatan menguruskan badan, tapi Tan memberi jaminan bahawa genetik dan tahap metabolisme boleh bertukar.

“Amalkan gaya hidup aktif kerana lemak yang degil lama kelamaan jika sentiasa dibakar akan menjadi tenaga dan secara perlahan-lahan akan menukar tahap metabolisme badan,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr Tee E Siong berkata, orang ramai yang ingin mencuba MTD sepatutnya membuat penyelidikan lebih lanjut dan tahu mengapa diet ini perlu diambil.

Katanya, dalam amalan pengambilan nutrisi, tidak ada bentuk pemakanan yang diambil berasaskan kumpulan darah. Diet boleh dibuat mengikut jantina, usia dan aktiviti harian tetapi bukan mengikut kumpulan darah.

“Untuk mendapatkan pemakanan seimbang dan penjagaan kesihatan, pengambilan makanan haruslah berpandukan nutrisi pemakanan yang diperlukan. Panduan jenis pemakanan boleh dibuat mengikut saranan Kementerian Kesihatan dan Panduan Pemakanan Malaysia,” katanya.

Dr Tee berkata, mengamalkan diet mengikut jenis darah hanya akan membuatkan seseorang itu tertumpu pada jenis makanan tertentu saja. Ia boleh menyebabkan seseorang itu tidak mendapat nutrisi secukupnya dan kekurangan zat tertentu.

Keadaan ini boleh mendedahkan seseorang itu kepada masalah kesihatan lebih kronik. Misalnya kekurangan asid folat, vitamin B6 atau B12 yang boleh meningkatkan tahap homocysteine (kompaun yang terhasil apabila protein makanan dipecahkan dan diproses) dalam darah.

Ada teori yang mengatakan jika tahap homocysteine meningkatkan, risiko terhadap masalah jantung juga tinggi.

Fakta: BTD

Kebaikan

Bagus jika anda tidak suka mencuba makanan baru dan hanya makan menu tertentu.


Anda tahu jumlah makanan yang anda makan dan banyak mana anda makan.


Walau apa jenis diet yang anda amalkan, anda masih perlu bersenam.


Mengehadkan jumlah makanan boleh menyebabkan kekurangan berat badan.

5) Pengambilan makanan yang siap diproses tidak digalakkan.

Keburukan


Tidak ada penyelidikan saintifik yang menunjukkan kaitan antara jenis darah, jenis makanan dan berat badan.


Tidak realistik kerana bukan semua ahli keluarga memiliki jenis darah yang sama.


Diet berasaskan jenis darah sangat kompleks malah kerap kali dipertikaikan.


Mengehadkan pemakanan menyebabkan anda mengalami kekurangan nutrisi.


Memerlukan pengambilan makanan tambahan untuk menambah kekurangan nutrisi.

Fakta

Diet untuk darah jenis A

Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.

Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Diet untuk darah jenis B

Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D’Adamo menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Diet golongan darah jenis AB

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Diet untuk darah jenis O

Dr Peter J D’Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.

Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.



3 Komen:

dhiera berkata...

mohon share ye~

Tanpa Nama berkata...

Amazing blog! Do you have any tips and hints for aspiring writers?
I'm planning to start my own website soon but I'm
a little lost on everything. Would you suggest starting with a free platform like Wordpress or go for a
paid option? There are so many options out there that
I'm completely confused .. Any suggestions? Appreciate it!

my web blog - Trimextrin Health

Tanpa Nama berkata...

I think that is among the such a lot important info for me.
And i am satisfied studying your article. But should statement on few general issues,
The web site style is ideal, the articles is really excellent : D.

Good job, cheers

Here is my website; http://slimlipoplusdiet.com

Catat Ulasan

Affiliates

 
Chatroom