Home » » Perubatan Sin Seh

Perubatan Sin Seh

Falsafah perubatan Cina sejak dahulu hingga kini berkisar tentang pengawalan angin dalam badan. Kalau angin terlalu banyak dalain badan atau tersangat kurang, maka kita akan mengalami sakit. Malah semua jenis penyakit menurut perubatan tradisional Cina berpunca dari ketidakseimbangan angin dalam badan.

Lebih angin dalam badan akan menyebabkan seseorang itu mendapat sakit bengkak, kernbung perut, sejuk kaki, sakit pinggang, lenguh badan dan sebagainya. Kurang angin dalam badan pula akan menyebabkan lemah badan. panas dalam serta darah sejuk (sering berpeluh). Namun hakikatnya perubatan cara ini boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit malah penyakit yang tidak boleh disembuhkan mengikut cara moden boleh disembuhkan, contohnya kencing manis.

Salah satu kaedah perubatan tradisional Cina yang popular di kalangan masyarakat Malaysia ialah Sin Seh. Sin Seh membawa maksud orang yang mengubat cara tradisional Cina, kalau orang Melayu dipanggil bomoh, orang Cina dipanggil Sin Seh.
Sin Seh berasal dari negeri China yang dahulunya dipanggil Tongsan kira-kira 5,000 tahun yang lalu. Segala ubatan Sin Seh dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan terutamanya dari akar kayu. Namun daun dan biji-biji pokok kayu juga ada digunakan. Menurut Wong On Eng seorang Sin Seh, terdapat satu juta ramuan dalam perubatan Sin Seh dan semuanya berasal dari China.

Ubat-ubatan Sin Seh yang dijual terdapat dalam empat bentuk. Bagi bentuk kering seperti akar kayu, daun atau biji Kering la hendaklah direbus sebaik-baiknya dalam periuk tanah liat dan diminum airnya. Dalam bentuk air pula, ia telah siap diproses hanya menunggu untuk diminum sahaja. Bentuk makjun pula ditelan, begitu juga dalam bentuk pil.

Bagi sesuatu jenis penyakit, seseorang Sin Seh hendaklah tahu formula yang betul iaitu apakah jenis-jenis ramuan yang diperlukan dan apakah sukatan yang sesuai. Kelebihan ubat Sin Seh ialah ia tidak mempunyai kesan sampingan, iaitu seorang yang mempunyai dua penyakit iaitu darah tinggi dan sakit jantung, apabila ia makan ubat Sin Seh untuk darah tingginya ia tidak akan memberi kesan kepada jantungnya.

Salah satu bahan perubatan Sin Seh yang terkenal di seluruh dunia ialah ginseng. Kehebatan ginseng sememangnya telah terbukti dan turut digunakan dalam perubatan moden. Atas sebab inilah akar ginseng menjadi terlalu mahal kerana permintaannya yang tinggi selain ia sukar didapati. Ginseng baik untuk menguatkan urat, menambahkan tenaga sekali gus mengurangkan keletihan.

Ada kalangan kita yang tidak mempercayai perubatan tradisional kerana dikatakan tidak saintifik. Namun setiap kaedah perubatan mempunyai rahsianya tersendiri. Kalau orang Melayu menggunakan ubat periuk, orang India dengan ayurveda maka orang Cina dengan Sih Sehnya, namun yang penting ialah keberhasilannya menyembuhkan penyakit. Mengapa tidak mencubanya.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom