Home » » Probiotik perlu dalam diet

Probiotik perlu dalam diet

Sindrom usus terganggu sebenarnya boleh dielakkan dengan mudah. Pengambilan probiotik boleh membantu mengatasi sindrom usus terganggu dan masalah serapan mineral, selain menguatkan sistem imun serta alahan makanan.

Probiotik adalah bakteria baik yang berada di dinding usus bagi membantu manusia sihat dan cergas. Sebenarnya, probiotik adalah keperluan utama kesihatan sejak lahir dan sepanjang kehidupan.

Setiausaha Kehormat Persatuan Kajian Obesiti Malaysia, Prof Madya Dr Norimah A Karim, berkata probiotik perlu menjadi pilihan dalam pengambilan diet seimbang kerana ia ada dalam sesetengah makanan.

“Probiotik mudah ditemui dalam makanan berbentuk tenusu seperti yogurt antaranya seperti ‘bifidobacterium’ dan ‘lactobacillus’,” katanya.


Begitu pun, ada banyak lagi makanan lain yang boleh membantu merangsang pertumbuhan bakteria baik. Sebenarnya

faedah kesihatan probiotik sudah beberapa kali terbukti secara klinikal antara yang dikenal pasti adalah seperti berikut;

a) Mengurangkan simptom tidak toleransi laktosa.

Enzim dikenali sebagai ‘lactase’ menukar laktosa dalam produk tenusu kepada glukos yang boleh digunakan tubuh. Mereka yang menderita masalah tidak toleransi laktosa tidak memiliki tahap enzim lactase yang cukup. Ini bermakna laktosa tidak boleh dicerna dan diserap. Keadaan ini menyebabkan cirit-birit, kembung dan sakit perut.

Probiotik seperti lactobacillus gasseri menghasilkan lactase membantu membaiki tahap enzim yang rendah dan mengurangkan simptom tidak toleransi laktosa.

b) Memperbaiki pencernaan

Probiotik ‘intestinal microflora’ yang seimbang memiliki kesan positif signifikan terhadap pencernaan. Ia membantu mengawal ketidakcernaan dan kembung selepas makan.

c) Memperbaiki serapan mineral

Probiotik boleh membaiki serapan mineral seperti kalsium, magnesium dan fosforus dalam tubuh.

d) Menghasilkan vitamin tertentu

Probiotik dikenali berupaya menghasilkan vitamin tertentu seperti vitamin B dan C.

e) Mengurangkan simptom cirit-birit

Probiotik dibuktikan secara klinikal mengurangkan simptom cirit-birit dengan memendek durasi dan kekerapan cirit-birit. Probiotik mengekalkan keseimbangan microflora. Ketidakseimbangan microflora boleh menyebabkan ketidakseimbangan sesetengah ubat seperti antibiotik.

f) Menguatkan sistem imun

Sistem gastrousus adalah organ imun yang terbesar dalam badan. Ia bersifat ‘hostile environment’ dan sistem yang seimbang boleh membebaskan tekanan keimunan yang dikaitkan dengan sistem yang tidak sihat. Ia sudah dibuktikan probiotik mempunyai kesan anti koloni terhadap bakteria jahat.

Probiotik menyekat pengeluaran bahan toksik yang juga produk sampingan metabolisme tubuh. Selain itu ia juga ditemui mempunyai kesan positif terhadap penyakit gastrousus seperti radang perut. Dalam kes bakteria di vagina dan yis yang boleh mendatangkan jangkitan, probiotik boleh bertindak mengurangkannya.

Jika anda terfikir apa sebenarnya jenis makanan yang boleh merangsang pertumbuhan bakteria baik ini, sebenarnya terdapat puluhan jenama probiotik di pasaran. Daripada makanan atau minuman hinggalah ke bentuk tablet atau kapsul. Yang terbaru di pasaran adalah makanan tambahan tiga dalam satu serba lengkap gabungan multivitamin dan mineral tambahan Bion3.


Faedah probiotik

  • Mengurangkan masalah alahan dan penyakit autoimun

  • Mencegah dan memendekkan masalah cirit-cirit yang disebabkan antibiotik di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak

  • Menguatkan sistem imun dengan mencegah penyakit berjangkit.


  • Oleh: Hafizah Iszahanid



    1 Komen:

    akmal rusydi berkata...

    info yang sangat bermanfaat. Jemput blogwalking ke blog saya
    http://akmalrusyd.blogspot.com

    Catat Ulasan

     
    Chatroom