Home » » Sarapan elak gemuk

Sarapan elak gemuk

RAMAI dikalangan generasi muda hari ini terutama remaja tidak mengambil berat kepentingan mengambil sarapan pagi.

Situasi berkenaan jelas berbeza dengan petua orang tua dulu yang menggalakkan anak muda untuk sarapan seawal yang boleh bagi mendapatkan hari yang ceria dan bertenaga.

Biarpun masih ramai yang mengambil ringan kepentingan untuk bersarapan di awal pagi namun kajian sains di seluruh dunia membuktikan sebaliknya.

Berikut adalah beberapa kepentingan sarapan pagi untuk generasi muda khususnya remaja:

1) Sumber tenaga

Menurut pakar pemakanan, sarapan pagi adalah sumber tenaga utama untuk memulakan hari yang sihat. Kajian pakar menunjukkan, remaja yang bersarapan setiap hari mempunyai kehidupan yang berkualiti dan daya tumpuan yang lebih baik

2) Vitamin untuk badan

Remaja tidak seharusnya menikmati sarapan pagi tanpa mengambil kira kandungannya. Adalah disarankan supaya remaja mengambil sarapan yang kaya dengan karbohidrat untuk membekalkan tenaga, protein dan juga sayur-sayuran. Antaranya, roti, susu dan telur

3) Rangsang fungsi otak

Sarapan yang mengandungi karbohidrat pada waktu pagi boleh merangsang paras glukos dan mikro nutrien dalam otak. Contohnya, vitamin B dalam roti atau bijirin mampu memberikan kesan positif kepada fungsi otak.

4) Kekal langsing

Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia antara 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan mendapati mereka jauh lebih langsing dan kurang berdepan masalah berat badan berlebihan. Ini kerana mereka mengamalkan pemakanan yang teratur dan ikut peraturan.

5) Masa Berkualiti

Ada ketikanya, remaja sukar mencari waktu yang berkualiti untuk diluangkan bersama keluarga namun dengan amalan sarapan pagi bersama, ibu bapa dan anak-anak boleh mewujudkan suasana harmoni dan masa kualiti yang berkesan.



0 Komen:

Post a Comment

Affiliates

 
Chatroom