Home » » Senaman ringkas guna treadmill

Senaman ringkas guna treadmill


Kesihatan dan kecergasan tubuh badan aset penting lelaki aktif. Badan yang cergas membolehkan lelaki melakukan apa saja - aktif di pejabat mahupun ketika beriadah.

Atas faktor itulah, lelaki urban kini lebih serius melakukan aktiviti riadah dan kecergasan. Lelaki urban tidak lagi melakukan aktiviti kecergasan untuk berseronok, tapi untuk memperoleh kesihatan yang baik.

Selain aktiviti sukan di padang, ramai lelaki lebih selesa bersenam di kawasan tertutup dan berhawa dingin seperti di gimnasium atau di rumah saja. Biarpun hanya bersenam ringkas, lelaki harus tahu teknik betul melakukannya bagi memastikan keberkesanan setiap rutin selain tidak mengundang risiko kecederaan.

Sehubungan itu, XY - Ikon Lelaki menampilkan ruangan Fizikal iaitu panduan bagi anda yang ingin melakukan senaman ringkas dan aktiviti kecergasan.

Isu pengenalan minggu ini, XY - Fizikal menampilkan panduan aktiviti senaman menggunakan treadmill dengan bimbingan jurulatih kecergasan dari Universal Fitness & Leisure Sdn Bhd, Mohamad Izham Mohlis.

Secara asasnya, senaman treadmill terbahagi kepada tiga peringkat iaitu pemanasan badan, senaman dan penyejukan badan.

Bagi yang pertama kali memulakan senaman treadmill, sesi senaman yang dicadangkan adalah :

Lima minit sesi memanaskan badan

Tetapkan kelajuan treadmill pada tahap tiga atau empat.
Tetapkan kecondongan (incline) pada tahap kosong.

Dua puluh minit sesi senaman

Berjalan di atas treadmill mengikut kelajuan yang ditetapkan.
Tetapkan kelajuan pada tahap lima atau enam.

Satu atau dua minit menyejukkan badan

Tetapkan kelajuan pada tahap dua dan ke bawah.


INFO: Cara menetapkan kadar kecondongan


- Kadar denyutan jantung (heart rate measurement-HRM)

Kiraan : 220 - (umur), contoh : 220-25 = 195

Untuk sesi pemanasan badan, tetapkan pada 50 hingga 60 peratus daripada kadar denyutan, contoh 50 x 195 / 100 = 97.5

Untuk sesi senaman, tetapkan pada 70 hingga 80 peratus daripada kadar denyutan, contoh 70 x 195 / 100 = 136.5

Untuk sesi penyejukan badan, tetapkan pada 50 peratus daripada kadar denyutan, contoh 50 x 195 / 100 = 97.5


- Padanan metabolik atau metabolic equivalent-MET.


- Kadar penggunaan yang dapat dilihat atau rate of perceived exertion.



1 Komen:

Andy1 berkata...

Many people complain that working out on a treadmill can be boring. Workouts often begin with a warm up. Once that’s done, you set the speed and elevation and run or walk for the next 30 minutes. You could also use the treadmill’s pre-designed programmes which programmes the treadmill to change its incline over time.

Detail at:
http://www.kidbuxblog.com/talk-beauty-healthy/treadmill-workouts-upon-your-fitness

Catat Ulasan

 
Chatroom