Home » » Diet rendah bakteria

Diet rendah bakteria

Sering kita dengar tentang diet rendah lemak. Bagaimana pula dengan diet rendah bakteria? Ia merujuk kepada pemilihan diet yang tidak melibatkan makanan yang berkemungkinan mengandungi bakteria atau mikro organisma lain yang menyebabkan jangkitan.

Jika anda mempunyai sistem imunisasi yang lemah, penjagaan diet ini membantu anda menghindar banyak jenis penyakit. Lazimnya, diet ini digalakkan dalam tempoh tertentu, sebelum dan selepas rawatan kanser.

Seseorang perlu mengelakkan pemakanan mentah bahan-bahan seperti bijirin, telur atau sayur. Buah segar perlu dicuci bersih sebelum dimakan. Daging stik kegemaran pula perlu dimasak sempurna walaupun ada yang menggemari cara masakan separa masak.

Pilih makanan yang telah melalui proses pempasteuran dan juga produk yang disedia bungkus secara komersial. Beri perhatian juga pada taburan rempah ratus dan herba mentah yang sengaja diletak pada pengakhiran proses masakan.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom