Home » » Filem Senario The Movie meletup

Filem Senario The Movie meletup

Senario The Movie

Ketua Pegawai Eksekutif MIG Productions Sdn Bhd, David Teo yakin kutipan filem terbaru lakonan Senario, Senario The Movie Episode 1 mampu mengatasi Jangan Pandang Belakang (JPB) yang meraih RM7.5 juta sekali gus tersenarai dalam Malaysia Book Of Records sebagai filem tempatan terlaris.

Keyakinan itu kata David, berputik daripada aliran penonton ke pawagam yang cukup menggalakkan sepanjang minggu pertama Aidilfitri membolehkan filem itu mencatat kutipan kasar RM3 juta selepas seminggu tayangan.

Apa yang membanggakan, keberaniannya menggilap semula populariti Senario yang dianggap khalayak sebagai ‘besi berkarat’ dan tidak lagi relevan dalam industri perfileman tempatan berbaloi apabila trio lawak yang dianggotai Azlee Jaafar, Mazlan Ahmad dan Wahid Ahmad menghadiahkan ‘emas’ kepadanya.

“Ketika saya hendak menerbitkan filem ini ramai yang menempelak dan memberitahu Senario akan gagal di panggung. Tapi, saya beranikan diri kerana yakin mereka mampu memberi persepsi baru kepada penonton dengan sentuhan pengarah berbeza, Ahmad Idham.

“Ternyata usaha saya itu membuahkan hasil. Kejayaan Senario The Movie Episode 1 diyakini mampu memberi cahaya baru kepada industri perfileman,” katanya dalam nada gembira.

Akui David, pada mulanya dia tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi. Cukup jika filem itu mencecah RM4 juta hingga selesai tayangan meskipun dia berani memecah masuk ke 68 pawagam sekali gus mencatat sejarah baru untuk Senario.

Berdasarkan sambutan hebat itu, David penuh yakin percaya Senario The Movie Episode 1 mampu memadam rekod yang pernah dicipta JPB jika aliran penonton berterusan memberikan sokongan kepada filem itu.

Baginya, sebelum filem itu dibuat, dia membuat kajian penonton dan mula menaruh keyakinan ia akan mencatat kejayaan.

“Cuma saya tidak sangka ia akan mencatat kejayaan di luar dugaan seperti ini. Sambutan hebat yang diterima bukan saja di bandar kecil seperti Sitiawan, Taiping dan Batu Pahat sebaliknya pawagam di bandar utama juga mencatat tempahan penuh.

“Lebih membuatkan saya yakin apabila tempahan untuk tayangan tengah malam juga laris dan ini membuktikan Senario masih relevan dalam industri.

“Mereka tidak hanya menyentuh jiwa kanak-kanak, malah penonton berpendidikan tinggi dan matang juga menggemari persembahan yang kami berikan ini,” katanya.

David berkata, biarpun sesi persekolahan sudah kembali bermula Isnin lalu dan kebanyakan perantau mula bekerja namun tayangan Senario The Movie Episode 1 masih mendapat sambutan.

“Saya difahamkan tempahan untuk tayangan jam 3 dan 5 petang Isnin lalu juga penuh. Ini membuktikan tanggapan orang ramai terhadap Senario yang sudah 13 tahun berada dalam industri salah kerana penonton masih menyukai jenaka selamba.

“Senario The Movie Episode 1 tidak memperbodohkan penonton, malah garapan serta sentuhan Ahmad Idham berjaya memberi persepsi baru kepada lakonan kumpulan ini,” katanya.

Selain Senario, turut beraksi dalam filem komedi itu ialah bekas anggota kumpulan pelawak itu, Illya, selain Fauziah Nawi, Zul Huzaimi, Julia Hana, Zaidi Omar, Piee, Zaibo, Illya, Ropi Cecupak, Osman Kering, Eizlan Yusoff dan Shamsul Ghau-Ghau.

Oleh Zul Husni Abdul Hamid




2 Komen:

Anonymous said...

You Could Be A Great Telesales Boss If:

Also visit my web site legal leads
My weblog - legal leads

Anonymous said...

Our site

Feel free to surf to my blog :: attorney leads
Have a look at my website - attorney lead generation

Post a Comment

Affiliates

 
Chatroom