Home » » Gingko untuk otak dan telinga

Gingko untuk otak dan telinga

Saya berminat untuk mencuba suplemen gingko sebagai suplemen harian. Saya berusia 57 tahun dan bermasalah dengan telinga berdengung. Ahli farmasi ada menyatakan bahawa pengambilan gingko bermanfaat untuk otak. Diharap maklumat daripada pihak tuan dapat membantu saya dalam membuat pilihan dan adakah pada usia begini sudah terlewat untuk saya mengambil suplemen?

Jawapan:

Walau apapun usia kita, masih belum terlambat untuk memulakannya. Ini kerana terdapat banyak kajian yang menunjukkan pengambilan makanan tambahan bermanfaat untuk memperbaiki tahap kesihatan. Contohnya, kajian klinikal ke atas gingko mendapati bahawa ia bermanfaat kepada mereka yang menghidap Alzheimer (masalah otak yang menjejaskan keupayaan seseorang dari segi ingatan, pemikiran dan percakapan) yang banyak menjejaskan mereka yang berusia lanjut.

Berdasarkan kajian, pengambilan sebanyak 120 hingga 240 miligram (mg) gingko sehari selama tiga hingga enam bulan memberi kesan yang signifikan ke atas fungsi kognitif di kalangan penghidap Alzheimer. Keberkesanannya adalah setanding dengan donepezil, ubat yang digunakan dalam rawatan penyakit Alzheimer.

Tinitus atau masalah telinga berdengung boleh dikaitkan dengan banyak faktor seperti jangkitan, pengumpulan tahi telinga yang serius, kecederaan kepala dan leher, pengambilan ubat tertentu dan juga penyakit kardiovaskular (arteri-arteri kecil yang menghala ke bahagian dalaman telinga boleh tersumbat dengan kolesterol yang boleh menjejaskan pendengaran).

Selain itu, elakkan daripada terdedah kepada bunyi yang kuat secara berterusan. Pendedahan kepada bunyi kuat merosak dan memusnahkan sel rerambut yang dipanggil silia dalam telinga. Bunyi yang kuat juga boleh menjadikan arteri kejang dan mengurangkan bekalan darah ke koklea.

Mereka yang menghidap tinitus juga memperoleh manfaat dengan pengambilan gingko. Dalam ujian ke atas 103 orang penghidap tinitus peringkat awal, 50 peratus daripadanya memperoleh perubahan positif atau simptom tinitus semakin hilang dalam masa 70 hari berbanding kumpulan plasebo.



1 Komen:

linda berkata...

Hi Anizyn

Memang betulnya ada beberapa banyak sebab berlaku sebegitu.

Utk lebih maklumat tentang apa yang harus buat atau menyembuhinya, sila hubangi saya 012-3701961

Saya bukan nak jual apa kepada kamu tetapi cuma nak beritahu maklumat.

Catat Ulasan

Affiliates

 
Chatroom