Home » » Kaitan Iklan Dan Kegemukan

Kaitan Iklan Dan Kegemukan

Melarang penyiaran iklan makanan segera menerusi televisyen di Amerika Syarikat (AS) boleh mengurangkan jumlah kanak-kanak yang mempunyai masalah berat badan berlebihan sehingga 18 peratus, menurut penyelidik baru-baru ini.

Namun, pasukan penyelidikan di Biro Penyelidik Ekonomi Nasional mempersoalkan sama ada ia sesuatu yang praktikal untuk mengenakan peraturan kerajaan sedemikian yang kini hanya dilakukan di Sweden, Norway dan Finland.

"Kita ketahui kegemukan di kalangan kanak-kanak sudah meresapi budaya kita, tetapi penyelidikan berasaskan pengalaman sebenar untuk mengenal pasti pengiklanan televisyen sebagai kemungkinan punca tidak banyak dilakukan," kata Pakar Ekonomi Universiti Lehigh, Pennsylvania, Shin-Yi Chou.

Beliau berkata: "Diharapkan supaya penyelidikan ini boleh mencetuskan perbincangan serius mengenai jenis polisi yang boleh mengawal epidemik kegemukan Amerika."

Untuk kajian mereka yang dibiayai sebahagiannya oleh kerajaan persekutuan, Chou dan rakan sejawatannya menggunakan data membabitkan hampir 13,000 kanak-kanak daripada Kajian Remaja Nasional Kanak-Kanak - Remaja 1979 dan Kajian Remaja Nasional 1997 yang dikeluarkan Jabatan Tenaga Buruh AS.

"Langkah pengiklanan yang digunakan adalah bilangan jam yang menyampaikan mesej iklan restoran makanan segera di televisyen yang ditonton setiap minggu

"Keputusan kami mendapati larangan terhadap pengiklanan ini akan mengurangkan bilangan kanak-kanak yang mempunyai lebihan berat badan berusia antara tiga hingga 11 tahun dalam jumlah penduduk tetap sebanyak 18 peratus dan boleh mengurangkan bilangan remaja yang mempunyai lebihan berat badan berusia antara 12 hingga 18 tahun sebanyak 14 peratus," menurut laporan Jurnal Undang-Undang dan Ekonomi.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS menganggarkan kira-kira 13.9 peratus kanak-kanak berusia antara dua hingga lima tahun mempunyai berat badan berlebihan, 18.8 peratus kanak-kanak berusia antara enam hingga 11 tahun dan lebih daripada 17 peratus mereka yang berusia antara 12 hingga 19 tahun.

Peratusan itu pula menunjukkan peningkatan berterusan.

Menonton televisyen memang diketahui boleh meningkatkan kadar obesiti disebabkan kanak-kanak kurang bersenam dan ia turut mengganggu tidur.

Pada 2006, Institut Perubatan melaporkan terdapat bukti meyakinkan yang menghubungkan pengiklanan makanan di televisyen dan peningkatan obesiti kanak-kanak.

Satu kajian menyarankan kanak-kanak yang menonton purata kira-kira 20,000 iklan yang disiarkan di televisyen setiap tahun pada lewat 1970-an meningkat sehingga 30,000 iklan setiap tahun pada akhir 1980-an dan lebih daripada 40,000 iklan setiap tahun pada akhir 1990-an.



1 Komen:

Tanpa Nama berkata...

artikel yang bagus buat rujukan, iklan mmg mempunyai pengaruh yg besar

Catat Ulasan

 
Chatroom