Home » Keajaiban Gua Jeita, Lebanon

Keajaiban Gua Jeita, Lebanon

Lebanon sedang hebat melobi sebuah gua untuk disenaraikan sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Baru Dunia menerusi satu pertandingan laman web iaitu tarikan semula jadi di dunia.

Gua Jeita yang terletak di kawasan sungai berdekatan Beirut kini berada di tangga ke-24 daripada 77 senarai pencalonan dalam pertandingan Tujuh Keajaiban Baru Dunia.

Selain itu, turut tersenarai ialah Wadi Rum di Jordan, Israel Oasis Ein Gedi dan Mesopotamian Marshes di Iraq.

"Gua Jeita merupakan gua paling besar dan cantik di dunia yang dipenuhi dengan batu pelbagai bentuk dan warna yang menarik.

"Inilah masanya untuk Lebanon menunjukkan rahsia keunikan dunia," kata seorang jurutera dari Jerman yang merupakan Pengurus Besar di sebuah syarikat yang mengurus gua tersebut, Nabil Hadad.

Gua itu mengandungi gua batu kapur dengan ruang galeri di bahagian atas dan bawah. Laluan masuk ke ruang itu adalah melalui sebatang sungai.

Ia mempunyai 10,000 meter panjang dan 8.2 meter tinggi, selain dipenuhi dengan stalaktit dan stalakmit terbesar di dunia.

Keajaiban Jeita merupakan salah satu tarikan di Lebanon dan layak untuk menyertai pertandingan. Bagaimanapun, negara itu juga mempunyai hutan yang dipenuhi pokok araz.

Siling Jeita mencecah 106 meter di bawah paras air yang tinggi.

"Kejadian itu sungguh unik bagi gua ini. Ia sukar didapati di bahagian dunia lain," puji pelancong dari Korea Selatan, T.K Lee, 23.

Jambatan yang diperbuat daripada simen telah dibina bagi memudahkan pelancong melalui struktur yang tersergam indah dan pemandangan berkilau-kilauan daripada ukiran batu kapur.

"Di sana, tiada sudut yang tidak cantik. Terdapat ukiran batu kapur yang meruncing ke bawah. Orang ramai seharusnya kagum dengan keajaiban itu," ujar Haddad yang amat kagum dengan gua tersebut.

Gua yang cantik itu dilengkapi dengan satu ruang yang dingin serta sistem lampu canggih bagi memastikan suhu yang dikehendaki kekal sebagai sistem yang akan menyebabkan lumut mulai tumbuh.

Bagaimanapun, Jeita juga mempunyai sejarah hitam tersendiri apabila tempat tersebut pernah dijadikan kawasan perang sewaktu peperangan Lebanon pada tahun 1975 sehingga 1990.

Iklan di kaunter jualan tiket dan para pekerja di tapak tersebut mula menggesa pelawat-pelawat untuk mengundi Jeita menerusi pertandingan laman web, manakala kumpulan rangkaian sosial Facebook telah memberi sokongan penuh dan berbangga kerana berjaya meraih lebih daripada 55,000 orang ahli.

"Jika Lebanon memenangi pertandingan ini, ia adalah satu peluang untuk rakyat di negara lain mengetahui mengenai Lebanon dalam konteks bertentangan yang dipenuhi konflik dan keganasan," jelas Ali Shehadi, 23, kepada AFP.

Ramai ahli kumpulan telah mula mengadakan kempen melalui e-mel serta mendapatkan lebih ramai sokongan daripada peminat untuk mengundi pertandingan itu.

"Kami seringkali muncul dengan pelbagai idea baru untuk diletakkan di setiap komputer di kafe siber bertujuan memberitahu orang ramai agar terus mengundi," jelas Shehadi yang bekerja di salah sebuah stesen televisyen di Lebanon.

Pada Januari tahun lalu, kebanyakan rakyat Lebanon telah melayari laman web itu untuk mengundi dan membuat pembentangan untuk mewakili negara mereka bagi peringkat seterusnya.

Ahli kumpulan Facebook, Shehadi telah menyarankan orang ramai untuk bersedia mengundi dengan memilih Jeita dan Cedars.

Namun, dia percaya Jeita mempunyai hasil gambaran yang lebih menarik sekali gus bakal memenangi pusingan seterusnya.

"Pada pandangan saya, Cedar cantik dan simbolik tetapi ia tidak begitu menunjukkan alam ini sungguh menarik berbanding dengan Jeita yang lebih layak untuk menang dalam pertandingan ini," katanya.

Aktivis dan pelawat yang berminat menyertainya akan menunggu keputusan masing-masing yang akan diumumkan pada tahun ini melalui laman web. Sebanyak 21 finalis akan diumumkan pada 21 Julai ini.

Deklarasi terakhir bagi Tujuh Keajaiban Baru Dunia akan siap pada tahun 2011.

"Gua ini indah dan pastinya layak menjadi salah satu daripada tujuh keajaiban dunia semula jadi," jelas seorang pelancong dari Iraq, Nabil Hussein, 47, yang turut akan mengundi Jeita.

"Ia merupakan kecantikan alam semula jadi yang belum pernah saya lihat," akuinya.



0 Komen:

Post a Comment

Affiliates

 
Chatroom