Home » » Teh tarik kurang manis

Teh tarik kurang manis

Rata-rata rakyat Malaysia memang tidak dapat dipisahkan dengan teh tarik. Ia sudah jadi satu kelaziman khususnya untuk melengkapkan sajian minum petang.

Di kalangan penggemar teh tarik kurang manis pula, jenama teh terkemuka, Boh Plantations Shd Bhd (BOH), melancarkan melancarkan Boh Teh Tarik Kurang Manis, baru-baru ini.

Menyedari pengguna kini sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat, Boh menawarkan teh tarik kurang manis dengan kandungan gula yang rendah.

Selain itu, rasa teh penuh berkrim itu bukan saja dapat dipadankan dengan kandungan gula yang rendah, namun mengekalkan rasa teh tarik yang digemari ramai.

Teh Tarik Kurang Manis Boh disasarkan untuk memenuhi keperluan pengguna yang semakin peka terhadap kesihatan tetapi menjalani kehidupan yang sibuk.

Ia mudah disediakan kerana disediakan dalam paket dan hanya campurkan teh dengan air, ia sudah sedia untuk dinikmati di mana saja.

Teh Tarik Kurang Manis Boh boleh didapati di semua pasar raya terkemuka berharga RM12.50 satu pek berisi 12 paket teh.



0 Komen:

Post a Comment

Affiliates

 
Chatroom