Home » » 6 akibat buruk makan berlebihan

6 akibat buruk makan berlebihan

Manusia perlu makan secukupnya bagi membina kecergasan tubuh badan tetapi tidak digalakkan berlebihan. Ulama dahulu ada mengatakan, makan secara berlebihan akan menimbulkan enam akibat buruk, iaitu:

# Menghilangkan rasa takut hati kepada Allah.

# Melenyapkan rasa kasih sayang kepada makhluk Allah daripada hatinya kerana individu terbabit selalu beranggapan semua makhluk dalam keadaan kenyang.

# Berat untuk melakukan ketaatan. Tidaklah sebuah bekas dipenuhi barang melainkan akan menjadi berat dan sukar untuk bergerak.

# Telinganya tidak mahu mendengar nasihat dan hatinya tertutup untuk menerima nasihat.

# Jika ia menasihati tidak akan berbekas pada hati orang yang dinasihati.

# Menimbulkan banyak penyakit.

Kata Lukman al-Hakim: “Jika perut dipenuhi dengan makanan, fikiran akan tertidur, jauh daripada hikmah dan anggota badan akan malas diajak beribadat.”



0 Komen:

Post a Comment

Affiliates

 
Chatroom