Home » » Ayurslim atasi obesiti

Ayurslim atasi obesiti

Tubuh langsing idaman setiap lelaki dan wanita tidak kira bangsa. Namun, gaya hidup moden menerusi amalan pemakanan tidak seimbang serta lebih gemar makanan ringan menyebabkan usaha mendapatkan tubuh langsing menjadi sukar.

Kesibukan hidup terutama di bandar besar termasuk bebanan kerja setiap hari dikatakan menyumbang kepada kenaikan berat badan disebabkan kekangan masa untuk menjalani aktiviti beriadah.

Statistik Kementerian Kesihatan mencatatkan kadar kegemukan di kalangan rakyat negara ini semakin meningkat, iaitu daripada 20 peratus kepada 39 peratus sejak tujuh tahun lalu.

Menurut statistik berkenaan, setiap satu daripada lima orang dewasa di negara ini mengalami masalah obesiti dengan 7.9 peratus daripada penduduk yang mengalami berat badan berlebihan terdiri daripada wanita manakala 4.7 peratus lagi lelaki.


Memahami keadaan itu di samping kajian teliti selama beberapa tahun, Himalaya Herbal Healthcare (Himalaya) edaran Embun Elit Sdn Bhd, menganjurkan Kempen Kesedaran Kesihatan Ayurslim mulai 22 Januari lalu.

Kempen sepanjang tahun itu mensasarkan pengguna terdiri daripada mereka yang mempunyai berat badan berlebihan dan mengalami masalah obesiti, dalam usaha memerangi kegemukan yang membawa kepada pelbagai jenis penyakit.

Ketua Pegawai Operasi Embun Elit Sdn Bhd, Marcel Gan, berkata masalah obesiti semakin serius dan meningkat tiga kali ganda di negara ini.

Jika tidak dirawat, katanya, masalah kegemukan boleh menyebabkan penyakit lain antaranya tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit sendi, sakit jantung dan barah.

"Kempen yang dijalankan menawarkan kiraan indeks jisim tubuh (BMI) secara percuma selain sesi penilaian kesihatan secara peribadi dengan pakar nutrisi.

"Kami turut memberikan sampel Ayurslim secara percuma kepada pelanggan bagi menilai sendiri kesan perubatan menerusi penggunaan herba tradisional," katanya di Plaza Gurney, Georgetown, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Menurutnya, jika pengambilan Ayurslim diamalkan secara berdisiplin termasuk penjagaan makanan dan senaman secara konsisten, produk berkenaan mampu menunjukkan hasilnya dalam tempoh sebulan.

Melalui kempen kesedaran itu, Himalaya mempromosi produk pelangsingan badan secara semula jadi menggunakan herba terpilih berasal dari India, Ayurslim.

Ayurslim yang diperkenalkan sejak lebih 10 tahun lalu di pasaran antarabangsa, menggunakan bahan semula jadi terdiri daripada lima jenis herba yang bergabung untuk memberikan kesan menurunkan berat badan.

Lima bahan aktif yang terkandung dalam kapsul Ayurslim adalah garcinia cambogia, commiphora wightii, gymnema sylvestre, erminalia chebula dan trigonella foenum-graecum.

Gabungan lima bahan itu membantu untuk memecahkan lemak, mengurangkan kolesterol tidak baik, mengurangkan paras gula, menyingkirkan toksin dari badan dan mengurangkan berat.

Ia dijual pada harga RM44.90 bagi setiap botol berisi 60 kapsul. Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.himalayahealthcare.com.

Oleh Faizatul Farlin Farush Khan



11 Komen:

Tanpa Nama berkata...

produk ni halal tak?

zanjabil berkata...

apa kesan sampingan masa mula2 makan ubat ni??

Tanpa Nama berkata...

slam..saya dah menggunakan produk ni ..memang berkesan tetapi kena berdiet yg disiplin..pagi ambik makanan berat tapi kurangkan nasi tengah hari pun sama ,malam kena makan sebelum pukul 7 tetapi kalau boleh makan lah seperti oat,buah-buahan,nesvita ke..dan banaykkan minum air insyaaallah

ezrin_d_simic berkata...

y telah menghubungi pihak Himalaya sndr utk mendapatkan pengesahan tentang status gelatin yg digunakan. Mereka telah mengesahkan yg gelatin yg digunakan mempunyai sijil halal. Salinan sijil ade dengan sy.

Tanpa Nama berkata...

saya ada guna produk ini,memang berkesan.sebelum saya mengambil produk ini,saya telah kena penyakit darah tinggi dan masalah kelenjar di pergelangan tangan.tapi alhamdulillah,habis 2 botol semua penyakit tu tiada lagi.selamat mencuba.

between u n me berkata...

harga untuk produk ini (rm44.90) hanya semasa promosi je ke?
normal price berapa ye??

Tanpa Nama berkata...

harga produk ni (rm 49.90) klu beli kat outlet himalaya sahaja ker...

Ahlan ke Blog Daku berkata...

Saudara Ezrin d Simic. boleh tak anda e-melkan salinan sijil tu kpd saya. Ini e-mel saya mohdasraf86@gmail.com. Saya harap sgt anda send salinan itu. terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

ade no fon x nak ambk ubt nie.?

Tanpa Nama berkata...

adekah planggan yg bnyk kehilangan kg slepas makan produk ini??dan berapa kg yg kehilangan??

Tanpa Nama berkata...

saya baru seminggu mengamalkan kapsul ayurslim ni.. masalah saya skrg, saya susah membuang air besar.. mengapa kah ini berlaku.. ada sesiapa yg boleh bantu saya dalam masalah ni..

Catat Ulasan

 
Chatroom