Home » » Air putih sebagai peneutral

Air putih sebagai peneutral

DR. Zulkarnain berkata, bagi pesakit kencing manis, berhati-hatilah dengan minuman ringan yang disajikan saat lebaran. Sebelum minum, perhatikan, apakah minuman ringan itu mengandungi kadar gula tinggi?

Minuman ringan berkarbonat mengandungi kalori yang sangat tinggi dan khususnya perlu diawasi oleh pesakit kencing manis.

Percaya atau tidak, sesetengah minuman berkarbonat mengandungi sehingga lapan sudu teh gula dalam setiap tin atau bersamaan dengan 300 hingga 400 kalori!

‘‘Minumlah minuman ringan diet. Kalau sudah terminum, segeralah minum air putih sebanyak mungkin kerana air putih dapat meneutralkannya.

‘‘Untuk penderita kencing manis, jangan malu minta air putih daripada tuan rumah dan jangan segan untuk menolak bila disajikan dengan minuman ringan,” katanya.

TIP: Harga minuman yang siap saji seperti minuman dan sirap yang dijual terlalu murah di pasaran perlu diragui. Misalnya, harga minuman itu lebih murah dari sekilo gula.

Apakah minuman itu menggunakan gula asli atau perasa tambahan? Jika sedikit perasa tambahan sahaja digunakan, ia tidak menjejaskan tubuh tetapi bagi individu tertentu, ia boleh menyebabkan radang kerongkong.

Bila warna minuman terlalu cerah, itu juga harus diwaspadai. Zat warna itu sebenarnya bukan untuk makanan, biasanya digunakan untuk tekstil, begitu juga dengan bahan pengawet. Ia sangat berbahaya bagi anak-anak.



0 Komen:

Catat Ulasan

Affiliates

 
Chatroom