Home » » Maut makan jamu langsing badan

Maut makan jamu langsing badan

Wanita Malaysia yang gemar mengamalkan penggunaan ubat tradisional jamu untuk melangsingkan badan perlu berhati-hati selepas seorang wanita dan adik iparnya meninggal dunia di Yogyakarta beberapa tahun lalu.

Bapa saudara mangsa dan tiga pegawai polis dari unit forensik turut mengalami keracunan apabila menghidu ramuan jamu itu di rumah mangsa.

Ana Suryaningsih, 30, dari Imoreja, kawasan Sleman, meninggal dunia tidak lama selepas makan jamu tersebut dan adik iparnya, Setio Aji Purnomo, 17, turut menjadi korban selepas menguji ramuan itu.

Bapa saudaranya Marwanto, 50, berkata, Ana telah mencampurkan serbuk jamu itu dengan air soda sebelum meminum bahan itu pada pukul 11.30 malam Selasa lepas.

“Ana mengalami kekejangan otot dan terus tersungkur sebaik sahaja mengambil jamu itu,” katanya yang dipetik oleh akhbar harian Jakarta Post.

Mayatnya dihantar ke Hospital Besar Panti Nugroho di Sleman.

Menurut satu laporan dari Yogyakarta, akhbar itu menyebut Setio meninggal dunia di hospital selepas merasai serbuk itu dan terus mengalami konvulsi.

“Apabila saya mahu mengambil serbuk itu dari beg plastik, saya mula merasa loya dan pening. Baunya amat kuat seperti tuba ikan,” kata Marwanto.

Polis yang pergi ke rumah itu kemudian merampas tiga bungkus ubat, dua kapsul jamu dan sebotol air soda.

Seorang pegawai polis Yulius Bambang bersama dua lagi rakan Wahyu Susilo dan Danang Wibowo yang dikejarkan ke rumah mangsa hampir pengsan selepas memeriksa serbuk itu.

“Menurut preskripsi, dua sudu penuh ramuan itu dan dicampurkan dengan air soda perlu diambil empat kali sehari,” kata abang sulung Ana, Bambang Purwanto,

Katanya, Ana, yang mempunyai ketinggian 158sm dan berat badan 55kg, sering memberitahunya bahawa dia hendak menurunkan berat badan dan telah cuba pelbagai jenis ubat melangsingkan badan.

Sementara itu, agensi berita Antara melaporkan bahawa Agensi Kawalan Makanan dan Dadah (FDMA) Yogyakarta telah menguji bahan itu dan menemui racun jenis sianida dalam campuran itu. Bagaimanapun kapsul itu bebas daripada racun tersebut.



0 Komen:

Post a Comment

Affiliates

 
Chatroom