Home » » Michael Jackson menghidap barah kulit

Michael Jackson menghidap barah kulit

Bintang pop Michael Jackson, 50, yang dilapor menghidap barah kulit muncul di khalayak ramai tanpa memakai topeng yang menjadi amalannya sebelum ini.

Jacko yang bertekad mengatasi masalah kesihatan itu mengunjungi Pusat Perubatan Beverly Hills bersama anak-anaknya sebelum mengunjungi sebuah kedai menjual mainan berhampiran.

Beliau kelihatan tenang dan sihat ketika keluar daripada pusat perubatan itu.

Selain mengangkat tangan menunjukkan tanda V, beliau turut tersenyum dan melambai kepada peminat.

Akhbar The Sun mendedahkan penyakit bintang Thriller itu dikesan bulan lalu.

Pakar menemui tompok barah kulit di bahagian atas tubuhnya dan sel awal barah di mukanya.

Doktor bagaimanapun memberi jaminan penyakitnya itu masih boleh dirawat dan beliau akan sihat sepenuhnya sebelum mengadakan konsert bernilai RM924 juta di Arena 02, London, Julai ini.

Penasihatnya berkata, Jacko tidak sabar untuk menjayakan 50 konsert itu yang didakwa bakal menjanjikan persembahan terhebatnya.

Sumber menyatakan, Jacko pada awalnya berasa bimbang selepas disah menghidap barah kulit.

“Namun, beliau kini semakin yakin selepas diberi jaminan mampu pulih sepenuhnya dan tidak sabar untuk menjayakan konsert itu,” katanya. - Agensi



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom