Home » » Rutin sambutan perayaan Gawai di Sarawak

Rutin sambutan perayaan Gawai di Sarawak

Sejak dari dulu lagi, kaum Iban menghargai padi. Malah, perayaan Gawai dikatakan bermula daripada beberapa cerita rakyat berkaitan makanan ruji masyarakat Asia itu.

Mengikut mitos, cerita perayaan Gawai bermula apabila sepasang suami isteri zaman dulu, bermimpi diarahkan mencincang bayi mereka. Ketika itu, manusia di bumi dikatakan menghadapi masalah kehabisan sumber makanan.

Dijadikan cerita, si isteri mendapat petunjuk melalui mimpi bahawa dewa Iban bernama Keling meminta bayi mereka dijadikan korban.

Akibat terdesak dengan masalah kekurangan sumber makanan untuk hidup, pasangan suami isteri itu akhirnya menurut perintah dewa lalu menabur isi bayi mereka ke tanah.

Cerita lain yang disampaikan penduduk tempatan ialah kisah dewa dan dewi kepercayaan Iban yang dikenali Keling dan Kumang dari kayangan, turun mengajar manusia menanam padi. Selain itu, manusia juga dikatakan diajar membuat minuman tradisi daripada beras iaitu tuak.

Rutin sambutan perayaan Gawai di Sarawak

# Perayaan Gawai di rumah panjang bermula dua hari sebelum 1 Jun dan ia dimulakan dengan aktiviti gotong royong membersihkan halaman rumah serta kubur datuk nenek masing-masing.

# Pada siang 31 Mei pula, lazimnya penghuni rumah panjang akan mengadakan pelbagai kegiatan termasuk pertandingan menyumpit, lumba lari, sukaneka dan sepak takraw.

# Pada malam menjelang Gawai, penduduk akan berkumpul di ruai (serambi) ketua rumah panjang dan membawa juadah masing-masing menunggu detik 12 malam. Tepat jam 12 malam, mereka akan melaungkan jeritan `wooo haaa' tiga kali dan disusuli upacara meminum air tuak yang menandakan perasmian Gawai.

# Mulai saat itu, pelbagai acara diadakan termasuk ngajat (tarian tradisional), gendang tandak (joget) dan pukulan gendang berterusan sehingga awal pagi, 1 Jun.

# Sekitar jam 9 pagi, 1 Jun, upacara berdoa beramai-ramai diadakan di tiang khas berdekatan rumah dikenali tiang pengingat. Ini sebagai tanda kesyukuran dan meminta kepada tuhan supaya hasil usaha mereka berjaya.

# Pagi itu juga, mereka yang mempunyai anak kecil akan memandikan beramai-ramai dalam upacara ‘meri anak mandi' (memandikan anak). Ia bertujuan meminta restu dari dewa sungai supaya anak mereka mempunyai kehidupan yang sejahtera pada masa depan.

# Bagi mereka yang tidak pernah berkunjung ke rumah panjang, pagi 1 Jun adalah masa terbaik untuk melawat kerana ketika sesi ’ngalu ka temuai' (sesi menyambut tetamu), semua orang boleh ‘ngabang' (melawat) walaupun tidak mengenali penghuni rumah berkenaan.

# Ketika upacara `ngalu ka temuai', semua ‘pengabang' (pelawat) akan diminta turun ke tanah semula dan berbaris untuk mengelilingi seluruh serambi rumah sambil disambut dengan tuak oleh wakil setiap keluarga.

# Pada sebelah malam, lazimnya ramai pasangan mengambil peluang melangsungkan upacara ‘melah pinag' (persandingan atas gong).

# Banyak lagi upacara diadakan sempena Gawai dan kemeriahannya berlangsung sebulan. Upacara menutup Gawai dikenali sebagai ngiling tikai (menggiling tikar).

Info Hari Gawai

# 1 Jun tarikh rasmi perayaan

# Diraikan suku Dayak.

# 31 hari tempoh perayaan.

# 1964 tahun Gawai diisytiharkan sebagai cuti umum di Sarawak.

# Datuk Tra Zender memperjuangkan 1 Jun sebagai cuti umum.

# 6,000 rumah panjang meraikan Gawai.



9 Komen:

Tanpa Nama berkata...

peh!penat aq mncri sejarah ari gawai tok folio sjrah f3.akhirnyer jmpe gak aq.thanx to the blogger for ur info..

Tanpa Nama berkata...

thanks.........

Tanpa Nama berkata...

thank...
bnyk sangat nak tulis...
kerja kursus sejarah....

Tanpa Nama berkata...

tak sangka aq...dpt jga cri maklumat tntng perayaan ini..thanks bnyk2.....

Tanpa Nama berkata...

Thanks ya> dh bantu i ntuk wat folio t0k.kmk hrp tk dpt brikan lebih info...

Tanpa Nama berkata...

Haiya, letih lh wa kje folio t0k. So aku pn da jumpa kt laman t0k. thAxzzz ya. (^_*) hpe u'll can give we more information...daa...

Tanpa Nama berkata...

tq

Tanpa Nama berkata...

aq tgh cari pasal sejarah sarawak ni......letihnyaaaaaa........

Tanpa Nama berkata...

izin copy..

Catat Ulasan

 
Chatroom