Home » » Susu kuda liar semula jadi

Susu kuda liar semula jadi

Sudah tentu ramai yang mengetahui mengenai susu kuda liar sejak dahulu sebagai makanan kesihatan.

Malah dalam masa sekarang, ramai pengguna yang lebih gemarkan perubatan semulajadi atau alternatif, susu kuda liar merupakan salah satu pilihan.

Menurut Pengarah Urusan Setia Brothers Sdn Bhd, Norhayati A. Rahim, pihaknya memperoleh bekalan susu kuda liar dari negara jiran.

Dipelihara di kawasan pergunungan, kuda liar ini hanya mendapatkan makanan daripada alam semulajadi tanpa sebarang bahan kimia.

"Boleh dikatakan susu kuda liar yang dihasilkan adalah organik dan semulajadi tanpa sebarang unsur luaran," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Selepas 12 tahun menjual susu kuda liar dalam bentuk cecair, pihaknya kini menghasilkan susu kuda liar dalam bentuk tablet.

Tablet berkenaan boleh dikelaskan sebagai makanan tambahan yang boleh menjadi alternatif kepada perubatan moden.

Kajian mengenai penghasilan tablet telah dijalankan dengan kerjasama dengan sebuah universiti di negara jiran.

"Kami mengubah produk dari cecair kepada bentuk tablet kerana ia lebih mudah dibawa tidak seperti cecair yang mudah tumpah," katanya.

Bagaimanapun kata Norhayati, susu kuda liar tidak mudah basi walaupun disimpan lama berbanding dengan susu lain.

Produk yang telah diuji secara saintifik di makmal oleh penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) menunjukkan ia bertindak mengurangkan kesan beberapa penyakit kronik.

Susu kuda liar yang mula diperkenalkan dalam bentuk cecair sejak 12 tahun lalu telah banyak membantu meringankan penderitaan pesakit.

Terkini, Setia Brothers melakukan penambahbaikan dengan mengeluarkan bentuk tablet serta pembungkusan lebih menarik dengan penjenamaan Niemans Feramilch Capsule.

Norhayati berkata, susu kuda liar boleh dijadikan makanan tambahan untuk semua peringkat umur dan boleh diambil satu kapsul sehari atau selang dua hari.

Untuk bayi, disarankan diberikan kepada yang berusia enam bulan ke atas sahaja manakala bagi pesakit kanak-kanak dan dewasa ia bergantung kepada tahap keseriusan penyakit namun ia tidak boleh melebihi empat kapsul sehari.

Buat masa sekarang, Setia Brothers menjalinkan kerjasama dengan beberapa institusi pengajian tinggi dan institut penyelidikan bagi menjalankan penyelidikan mengenai susu kuda liar daripada segi saintifik.

Hasil kajian yang dijalankan selama tiga tahun, Setia Brothers akan melancarkan pelbagai produk penjagaan badan, kesihatan serta makanan dan minuman kesihatan dan cenderamata bagi lelaki dan wanita.

"Tidak lama lagi kami akan melancarkan 11 produk di pasaran," katanya yang telah mula mengedarkan sampel semasa MAHA 2008 lalu.

Norhayati berkata, memandangkan kos membawa susu kuda liar di negara jiran agak besar, pihaknya dalam usaha memindahkan sebahagiannya ke negara ini.

Dengan cara ini beliau berharap akan dapat menurunkan kos sekali gus membolehkan pengguna mendapatkan susu kuda liar pada harga yang mampu dibeli.

"Beberapa kawasan tanah tinggi telah dikenalpasti dan kami sedang menganalisis tanah dan tumbuhan yang sama seperti habitat asal.

"Tanaman asal akan dikekalkan manakala terdapat tanaman di habitat asal perlu ditanam di kawasan berkenaan," katanya.

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN



7 Komen:

Tanpa Nama berkata...

saya syah daripada melaka..bagaimana saya boleh mendapatkan susu kuda liar setia brothers cawangan melaka,

sila email ke: sharizaljohari@rocketmail.com
saya amat memerlukan dengan cepat.
atau hubungi saya di 0129069524
syah.

abd berkata...

bolehkah susu kuda merawat penyakit luekimia??ini kerana kawan saya menghidap luekimia kronic...jika boleh tolong email saya

talib_ryu@yahoo.com

nun berkata...

Susu kuda boleh dipesan di http://kudaliarsumbawa.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Bolehkah susu kuda liar merawat kanser prostat?
Bagaimana saya ingin mendspatkan susu kuda liar ini?
Sila email saya rohayu1978@yahoo.com

Tiket Pesawat 24 Jam berkata...

Kawan malasyia semua yg memerlukan susu kuda liar sumbawa hubungi ustadz irfan
di www.susukudasumbawa.web.id

Tiket Pesawat 24 Jam berkata...

Kawan malasyia semua yg memerlukan susu kuda liar sumbawa hubungi ustadz irfan
di www.susukudasumbawa.web.id

Tanpa Nama berkata...

I think this is among the most important information for me.
And i'm glad reading your article. But want to remark on some general things, The web site style is ideal, the articles is really excellent : D. Good job, cheers

Feel free to surf to my website ... no win no fee in accident claim

Catat Ulasan

Affiliates

 
Chatroom