Home » » Senaman ibu mengandung

Senaman ibu mengandung

Adalah penting bagi anda untuk memastikan tubuh dan minda anda berada dalam keadaan yang baik ketika mengandung. Bagi memastikan perkara ini, senaman adalah satu perkara yang amat bagus untuk anda. Semua ibu yang mengandung pasti akan mengalami stres atau cemas secara tidak menentu. Jika anda dapat mencari jalan untuk menghadapi perkara ini dan juga mengelakkan masalah daripada berlaku, bermakna anda sedang menjalani masa mengandung yang baik.

Melakukan rutin senaman akan membantu anda berasa gembira dan bertenaga. Ia adalah satu perkara yang penting bagi anda untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.

Mengapa senaman itu bagus untuk ibu yang mengandung?

Di dalam tubuh badan kita terdapat satu hormon yang dipanggil sebagai endorfin, yang akan dikeluarkan oleh tubuh badan anda apabila anda melakukan senaman. Hormon ini akan membuatkan anda berasa lebih bersemangat berbanding daripada berasa lemah atau tidak bermaya.

Anda juga akan berasa tenang dan fokus apabila tubuh badan anda mengeluarkan hormon selepas anda melakukan senaman. Begitu juga dengan perasaan berhati-hati terhadap diri anda kerana anda akan mendapati tubuh badan anda yang semakin membesar itu masih lagi boleh berfungsi dengan baik.

Selain itu, dengan melakukan senaman yang rutin, ia dapat membantu anda mengurangkan rasa sakit di pinggang, kekejangan kaki, sembelit dan juga kekurangan oksigen untuk bernafas sekali gus memberi anda lebih banyak tenaga untuk menampung berat badan anda yang semakin bertambah.


Anda juga dapat mempersiapkan diri anda dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi hari yang istimewa itu, iaitu hari yang anda bakal berjumpa dengan bayi anda. Ia membantu anda mempunyai tenaga yang lebih kuat untuk anda meneran pada saat anda mahu bersalin.

Saya pasti anda akan berasa gembira untuk mengetahui bahawa dengan melakukan senaman ketika mengandung dapat membantu anda kembali dengan cepat kepada bentuk tubuh badan anda sebelum anda mengandung dan bersalin.

Senaman juga bagus untuk bayi yang dikandung kerana ia dapat menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayi anda yang membantu perkembangan tubuh badannya. Selain itu, ia juga memberikan bayi anda berasa kesan positif hormon endorfin yang dilepaskan oleh tubuh badan anda sekali gus membuatkan bayi anda tenang dan gembira. Bayi anda juga akan tenang bagai dibuai dengan segala pergerakan yang anda lakukan ketika bersenam.

Senaman yang paling selamat dan bagus untuk anda ialah berenang, yoga dan berjalan kaki. Senaman yang tidak digalakkan untuk ibu mengandung ialah joging, melakukan sit-up, bermain badminton dan pelbagai lagi jenis senaman yang berat.

Sebelum saya berhenti, ingin saya ucapkan tahniah kepada ibu-ibu yang mengandung dan selamat mencuba senaman dengan harapan anda bersedia menghadapi hari berkenaan.

Sumber: Berita Harian



0 Komen:

Post a Comment

Affiliates

 
Chatroom