Home » » » Petua Kecantikan

Petua Kecantikan

TIMUN untuk MATA SEMBAB

Hirisan timun mengandungi keupayaan anti rengsa iaitu mampu mengurangkan kemerahan dan masalah sembab mata. Air perahan timun yang sejuk dan ditambah dengan hawa dingin peti ais mampu meredakan mata yang bengkak. Kalau malam tadi anda tidur terlalu banyak dan sembab pula mata pada pagi ini, cepat hiriskan timun dengan nipis dan tekapkan sekejap pada mata. Bengkak itu pasti surut.



YOGURT UNTUK KULAT

Alat sensitif anda mengalami jangkitan kulat? Kami ada cara ringkas untuk anda cuba. mary Jane minkin, mD, profesor klinikal obstetrik dan ginekologi dari Yale University school of medicine memberitahu sesetengah produk yogurt mengandungi kultur hidup yang terdiri daripada beberapa bakteria yang mampu bertindak melawan pertumbuhan kulat punca jangkitan. sebagai penyelesaian, anda boleh cuba memasukkan tampon bersalut yogurt asli ke dalam kemaluan dan keluarkannya serta merta. Ulangi dua kali sehari selama empat atau lima hari. Hasilnya, jangkitan pasti tiada lagi.



0 Komen:

Catat Ulasan

Affiliates

 
Chatroom