Home » » Sihat Cantik Ketika Bercuti

Sihat Cantik Ketika Bercuti

Kulit wajah lebih bersinar

Jika anda mahu mengadakan aktiviti di kolam renang mahupun ditepi pantai, harus berhati-hati kerana air garam laut atau klorin yg terdapat di dlm air dikolam renang boleh mengakibatkan rambut serta kulit anda menjadi kering dehidrasi serta kusam. Sebaiknya gunkana krim pelindung sinaran matahari sebelum anda membuat aktiviti luar.

Dalam masa yg sama, berhati-hati ketika menyapu krim kerana jika krim yg dipilih tdk bersesuaian, ia akan menyebakan kulit wajah anda mengelupas.Oleh itu, selepas mandi di kolam atau laut, sebaiknya anda bilas tubuh dgn air bersih dan keri ngkan dgn menggunakan tuala yg lembut. Setelah itu sapukan gel wajah yg mengandungi aloevera serta kenakan pelembab wajah yg mengandungi kadar air yg lebih byk.

Kaki sihat itu seksi

Udara panas boleh menyebabkan kulit kaki anda menjadi bersisik dan kering. Usah bimbang, untuk mengembalikan kelembapan kulit kaki anda ambil masker yg digunakan pada wajah dan sapukan pada kaki setiap malam setelah selesai mengadakan aktiviti.

Anda biarkan ia semalaman dan keesokan harinya anda akan dapati kulit kaki anda lebih mulus dan lembut serta kembali segar.

Rambut sihat dan bersinar

Jika anda sering mengadakan aktiviti di bawah pancaran matahari, hindari dari mewarnakan rambut. Minimumkan penggunaan pengering rambut sebaliknya gunakan tuala untuk mengeringkan rambut. Bagi yang gemar mencuci rambut, gunakan syampu yang ringan dan kaya dengan pelembap yangmembolehkan anda menggunakannya setiap hari. Jika rambut anda diwarnaigunakan syampu khusus. Agar rambut lurus dan rapi biarpun ditiup angin, sapukan pelembap pada tapak tangan dan sapukan ke rambut atausemburkan sedikit penyembur rambut pada sikat sebelum menyikat rambut.



Pilih krim pelindung sinaran matahari

Jika anda memiliki kulit berminyak atau liang-liang roma besar. Sebaiknya pilihkrim pelindung sinaran matahari yang berbentuk cecair atau gunakan jenis semburan kerana ia lebih ringan dan tidak menimbulkan masalah pada kulit. Krim pelindung sinaran matahari yg berbentuk stick tahan lebih lama kerana ia lebih tahan terhadap air dan peluh. Selain itu pastikan anda menyapu lip balm dgn spf 15 bagi melindungi bibiranda dari kekeringan. Setelah berjemur kulit yang terbakar akan terasa sedikit perih kerana melepuh. Ini berlaku kerana anda terlalu kerap berjemur dibawah pancaran matahari atauasyik bermain di pantai. Bagi mengatasinya, sapukan aloevera ataupun anda boleh berendamdalam air yang sejuk sertamengandungi buah lidah buaya selama lebih kurang 10 minit, ataupun berendam di dalam air hangat yg diletakkan 2 uncang teh lalu biarkan hingga air sejuk.

Selain itu anda juga boleh menyapukan anti oksida yg mengandungi green tea dan white tea,vitamin E, shea butter atau minyak lavender. Hasilnya kulit yg kemerahan tadi akan bertukar menjadi normal kembali. Banyakkan minum air putih kerana anda banyak kehilangan air apabila kerap berjemur dan utk mengatasi kuliti yg melepuh,sembur atau rendamkan bahagian kulit dgn cuka serta ais. Anda juga boleh
mencuba teknik lain seperti menyapu yogurt yang tawar pada kulit, biakan selama lebih kurang 10 minit dan bilas dgn air sejuk. Jika tiada yogurt tawar anda boleh gunakan yogurt rendah lemak, susu rendah lemak atau susu biasa.

Wajah seksi dan menarik

Ketika berada di kawasan yg panas, menyapu alas bedak akan membuatkan wajah kelihatan 'comot'. Sebaiknya gantikan alas bedak dgn tinted mosturizer dgn spf 15 yg lebih ringan. Ia mampu menutupi noda-noda secara semula jadi dan melekat dgn baik biarpun berada dibawah pancaran matahari. Jika berada dikawasan yg panas, kelenjar minyak banyak menghasilkan minyak. Bagi yang memiliki kulit
berminyak, sapukan krim anti kilat sebelum bersolek utk membuat kesan matte. Gunakan alas bedak yang bebas minyak.Utk sekitar zon T, gunakan kertas minyakbagi mengurangkan kesan kilat. Untuk membuat bibir anda kelihatan lebih seksi secara semulajadi, sapukan lip balm berbentuk cecair lalu tambahkan sedikit lip glos. Bagi yang ingi mengenakan maskara, pilih jenis yg tahan air agartidak mudah luntur ketika berpeluh.


Tubuh segar dan harum

Kulit lebih sensitif terutama ketika berenang dipantai apatah lagi jika anda melakukan rawatan waxing sebelum bercuti.Sapukan gel aloevera utk merawatnya serta pastikan anda tidak berada terlalu lama di bawah pancaran matahari.Untuk membuatkan parfum anda tahan lama, semburkan pelembap jenis semburan pada telapak tangan, kemudian di tempat yang sama sapukan beberapa titis parfum dan sapukan
ke beberapa bahagian tubuh yang anda inginkan diikuti dengan urutan tangan.



0 Komen:

Post a Comment

Affiliates

 
Chatroom