Home » » Tip Mengatasi Bau Badan

Tip Mengatasi Bau Badan

Masalah bau badan terutama dari bahagian ketiak dan tapak kaki berlaku disebabkan tindakan bakteria.

Tanpa berselindung, ramai daripada kita perlu mengakui kebenaran di sebalik bau badan yang mengganggu 'ketenteraman' orang yang berada berhampiran kita. Dengan cuaca yang tidak menentu dan tekanan kerja yang menimbun, ada dalam kalangan kita yang lebih tertekan kerana menghadapi masalah bau badan yang teruk.

Adakalanya masalah peribadi itu menggugat keyakinan diri individu yang terlibat terutama jika kerjaya memerlukan mereka kerap bertemu dengan orang ramai. Hubungan sosial juga sedikit sebanyak terjejas sekali gus memberi kesan buruk pada persembahan kerja.


Cara Hapuskan Badan Berbau. Sila klik sini.

Tidak lama dahulu, masalah bau badan pernah dikatakan menjadi punca keretakan hubungan suami isteri dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Berikutan itu, ramai yang mengambil jalan mudah untuk mengatasi masalah itu dengan membeli dan memakai deodaran. Tidak kira jenama, harga dan bahan yang digunakan, asalkan bau badan dapat dihilangkan dalam sekelip mata, ia sudah memadai.

Namun begitu, tidakkah anda sedar bahawa itu bukan jawapannya dalam jangka masa panjang. Anda sebenarnya hanya mengawal atau menutup masalah itu untuk seketika sahaja sebelum bau badan yang teruk itu muncul semula dalam masa beberapa jam atau keesokan hari. Tabiat mandi setiap tiga jam sekali pun tidak banyak membantu dan tidak praktikal untuk diamalkan bagi mengatasi masalah tersebut.

Sebaliknya, anda perlu memahami sebab mengapa ia berlaku dan apakah cara untuk menanganinya tanpa perlu berbelanja besar.

Bau badan terutama dari bahagian ketiak dan tapak kaki berlaku disebabkan proses metabolisme bakteria iaitu corynebacteria atau micrococci. Dalam proses tersebut, bakteria itu akan memecahkan bahan-bahan organik yang terkandung di dalam kulit. Hasilnya, ada yang bertukar menjadi peluh dan terlekat pada baju atau kasut.

Biasanya, bakteria itu akan merebak dengan cepat di kawasan yang lembap. Ini sekali lagi menjawab kemusykilan mengapa ia kerap hadir di bahagian bawah tangan, tapak tangan, lipatan di bahagian belakang lutut dan tapak kaki.

Jika bertanya tentang puncanya pula, ada pelbagai teori dan tanggapan yang dikemukakan. Semuanya mungkin sahih cuma sama ada ia menjadi penyumbang utama atau sekunder.

Sekiranya anda mengalami sebarang penyakit yang berbahaya atau berlanjutan untuk tempoh masa yang lama seperti sembelit, faktor itu boleh menggalakkan pengeluaran bau badan yang kurang menyenangkan.

Di samping itu, sesetengah makanan dan minuman juga mungkin tidak bersesuaian dengan diet kita. Sukar dikatakan yang mana satu tepat kerana ia berbalik semula kepada latar belakang kesihatan keluarga, tahap imunisasi badan, alergi dan lain-lain.


Sekali lagi, seperti yang disebutkan tadi, tekanan kerja di rumah, pejabat dan di mana-mana sahaja turut boleh menyumbang kepada masalah ini. Golongan wanita juga mula merasai masalah itu semasa melalui proses menopaus.

Sebagai alternatif kepada penggunaan bahan kimia untuk mengatasinya, apa kata kita mencuba beberapa langkah semudah 1,2,3 yang boleh diamalkan di rumah. Tip ini bergantung kepada bahan-bahan semula jadi agar tidak merosakkan sistem badan dan pada masa yang sama, selamat tanpa kesan sampingan.

1Makan 500 miligram rumput gandum dalam keadaan perut kosong dengan segelas air. Kandungan bahan klorofil membantu mengurangkan bau badan sekali gus bertindak sebagai rawatan semula jadi.

2Sapukan sodium bikarbonat di bahagian ketiak dan tapak kaki kerana ia turut mempunyai keberkesanan tertentu.

3 Gunakan alkohol (bagi individu yang bukan beragama Islam) atau cuka putih untuk mencuci bahagian ketiak.

4 Masukkan beberapa titisan air mawar ke dalam bekas air mandi. Anda tidak perlu menggunakan deodoran selepas mandi.

5Kisar buah tomato segar dengan daun teh sage. Sapukan dan biarkan bahan itu di bahagian ketiak selama 10 minit sebelum mandi.

6 Perahkan dua dozen jus lobak putih yang dicampur dengan ¼ sudu gliserin. Masukkan cecair itu ke dalam botol penyembur untuk dijadikan deodoran harian. Jus lobak itu boleh menghilangkan bau badan sehingga 10 jam.

7 Campurkan sedikit sodium bikarbonat dengan jus lemon dan sapukan terus di bahagian bawah tangan atau ketiak.

8 Minyak pohon teh adalah bahan antibakteria yang sangat berkesan. Campurkan dua titisan minyak esen itu ke dalam 0.02 liter air.

9 Dalam bekas berisi 30 milimeter air, masukkan 10 titisan minyak esen. Ia kemudian boleh disapu di bahagian ketiak.

10 Basahkan kapas dengan cuka putih dan lap ketiak. Ia boleh menghilangkan bau badan terutama di bahagian ketiak dalam masa beberapa minit.

11 Minum segelas teh sage setiap hari dan ia akan mengurangkan aktiviti pengeluaran peluh yang berlebihan daripada semua bahagian badan.
Mempunyai foto percutian yang hebat? Bolehkah ia memenangi pertandingan foto ini?

12 Salah satu cadangan lain yang mungkin boleh diamalkan ialah mandi dengan kerap iaitu sekurang-kurangnya tiga kali dalam sehari.



Cara Hapuskan Badan Berbau. Sila klik sini.



6 Komen:

Tanpa Nama berkata...

kenapa x mandi ngan buah limau nipis ja . . atau kisar timun dan sapukan ke seluruh badan . .

Qaiza berkata...

saya pernah amalkan semua petua tp x berjaya... ubat paling mujarab adalah minyak kelapa dara...

Tanpa Nama berkata...

btul ke mnyak klapa dara?

Tanpa Nama berkata...

mcmana na guna tu myk kepala dara?

Tanpa Nama berkata...

klu nk gune minyak kelapa dara camne er ?

mola berkata...

Solusi terakhir hilangkan bau badan baca di sini. Tiada pantang makan dan srbagainya. Belum tujuh hari selesai. Ada jaminan lstimewa.

Catat Ulasan

Affiliates

 
Chatroom