Home » » Peraduan Ambi Pur - Menangi Hadiah Percutian

Peraduan Ambi Pur - Menangi Hadiah Percutian

Peraduan Ambi Pur

Melancong bersama keluarga dapat merehatkan diri daripada tekanan di tempat kerja, lebih-lebih lagi jika segala perbelanjaan ditanggung. Ambi Pur, jenama penyegar udara untuk kereta dan rumah yang terkenal di negara ini, menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia yang bertuah untuk bercuti ke destinasi pilihan mereka.

Hanya beli produk Ambi Pur berharga RM10 ke atas, anda berpeluang menyertai Peraduan Ulang Tahun Ke-10 Ambi Pur, jenama penyegar udara kegemaran ramai yang terkenal dengan rangkaian produknya yang inovatif dan kualitinya yang tahan lama.

Peserta berpeluang untuk merebut hadiah utama percutian yang ditanggung sepenuhnya bernilai RM20,000. Terdapat juga 10 hadiah istimewa dan 10 hadiah mingguan berupa percutian bernilai RM1,000 setiap satu untuk dimenangi. Di samping itu, setiap penyertaan ke-100 layak mendapat hadiah percutian bernilai RM500 setiap satu dan 100 hadiah sagu hati baucar petrol bernilai RM100 setiap satu juga ditawarkan untuk rebutan.



0 Komen:

Post a Comment

Affiliates

 
Chatroom