Home » » Percutian impian bernilai RM20,000 untuk dimenangi

Percutian impian bernilai RM20,000 untuk dimenangi

Peraduan Ambi Pur - Menangi Percutian Impian

RUMAHKU syurgaku, menggambarkan dengan tepat keselesaan yang tiada tandingan apabila berada di rumah sendiri. Namun, sesekali tentunya kita mengidamkan percutian menyeronokkan, lebih-lebih lagi jika segala perbelanjaan ditanggung!

Jenama penyegar udara untuk kereta dan rumah terkenal, Ambi Pur, menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia yang bertuah untuk bercuti ke destinasi pilihan mereka.

Peserta berpeluang merebut hadiah utama percutian yang ditanggung sepenuhnya bernilai RM20,000.

Ada juga 10 hadiah istimewa dan 10 hadiah mingguan berupa percutian bernilai RM1,000 setiap satu untuk dimenangi. Di samping itu, setiap penyertaan ke-100 layak mendapat hadiah percutian bernilai RM500 setiap satu dan 100 hadiah sagu hati baucar petrol bernilai RM100 setiap satu.

Menurut Pengarah Pemasaran Sara Lee Malaysia Sdn Bhd, Low Chooi Hoon, peraduan sempena ulang tahun ke-10 Ambi Pur itu satu cara mendekati peminat jenama berkenaan dan mengucapkan terima kasih kepada mereka atas sokongan sepanjang satu dekad yang lalu.

“Ambi Pur mencapai keserasian dengan rakyat Malaysia kerana ia menjadikan dirinya sebagai jenama yang benar-benar berbaloi dari segi nilai dan keupayaannya mencipta suasana yang diingini pengguna.

“Wangian yang berkualiti membolehkan pengguna berasa lebih santai atau segar di mana-mana ruang yang disukai. Nilai ini memberi inspirasi kepada kami untuk menghadiahkan percutian impian sempena peraduan ini,” katanya.

Borang peraduan boleh didapati di pasar raya utama yang menawarkan produk Ambi Pur. Peraduan yang bakal berakhir pada 31 Mac 2010 itu boleh disertai dengan hanya pembelian produk jenama ini berharga RM10 ke atas.

Peserta turut dikehendaki menerangkan bagaimana Ambi Pur memberi inspirasi kepada ruang kegemaran mereka menggunakan 10 perkataan manakala pemenang dipilih berasaskan kreativiti tulisan mereka.



1 Komen:

rapi berkata...

hi, looking for camping tent, camping bed, life jacket and more? pls visit
http://mudah.my/sridamansaraoutdoor thanks!

Catat Ulasan

 
Chatroom