Home » » Tip Petua Penjagaan Tudung

Tip Petua Penjagaan Tudung

Tip Petua Penjagaan Tudung

# Pastikan tudung tidak diramas ketika mencuci, cukup sekadar dicelup dan angkat beberapa kali.

# Cucian kering berfungsi mematikan pigmen warna pada sutera. Walaupun ia tidak luntur sekiranya dibasuh sendiri, sebagai langkah penjagaan, elok kiranya dilakukan cucian kering.

# Untuk cucian kali kedua dan seterusnya, gunakan bahan pencuci bersifat lembut.

# Jangan berus atau tenyeh tudung berkenaan. Memadai jika anda mengepal lembut dan celup dua tiga kali sehingga bersih daripada bahan pencuci.

# Tudung boleh dijemur di kawasan teduh.

# Tidak perlu digosok.

# Cara melipat tudung juga perlu betul. Jangan sekali-kali melipat bahagian sengkuap kerana jika sengkuap terlipat, ia tidak akan menjadi sempurna bila dipakai.

# Sebaik-baiknya, cara menyimpan tudung yang mempunyai sengkuap ialah melipat dari bahagian bawah tudung. Gulung secara longgar dan masukkan ke dalam sengkuap.



0 Komen:

Catat Ulasan

 
Chatroom