Home » » » Penjagaan Mulut

Penjagaan Mulut

Halitosis atau masalah bau mulut merupakan istilah dalam dunia pergigian. Masalah bau mulut boleh menjejaskan aktiviti soaial individu. Bukan itu sahaja, ia juga sukar untuk dibendung sekiranya rutin penjagaan mulut yang tidak sempurna dan tidak rapi terus diamalkan. Dari dahulu sehingga sekarang, usaha mengelakkan masalah bau mulut sekali gus memutihkan gigi sering diamalkan bagi mereka yang mementingkan keadaan mulut sihat. Moden vs Tradisional kali ini, merungkai rutin penjagaan mulut dahulu dan sekarang.

KAYU SUGI VS PEMBERUS GIGI

Kayu Sugi
Jika dahulu, rutin pembersihan mulut dan gigi dilakukan dengan kaedah bersugi atau juga dikenali sebagai bersiwak. Amalan ini telah lama digunakan memandangkan ia merupakan amalan Rasulullah SAW setiap kali sebelum mengambil wuduk dan biasanya rutin ini hanya dilakukan golongan Islam. Dan jika kamu perhatikan, amalan ini masih diteruskan oleh nenek moyang kita. Bersugi secara umumnya memberi faedah dalam membersihkan kotoran yang terdapat pada gigi di samping menyegarkan bau mulut.

Pemberus Gigi
Peredaran zaman telah memberi kesan terhadap rutin penjagaan mulut. Jika dahulu, masyarakat lebih senang menggunakan kayu sugi untuk membersihkan gigi dan mulut tetapi hari ini, teknologi telah memperkenalkan pemberus gigi untuk kemudahan kita semua. Bahkan pengenalan berus gigi pada masa kini lebih praktikal memandangkan aktiviti harian masyarakat kita yang agak sibuk.

UBAT GIGI ARANG VS UBAT GIGI

Arang
Satu ketika dahulu, arang digunakan sebagai bahan untuk memberus gigi. Tradisi memberus gigi menggunakan arang ini lebih sinonim dengan masyarakat India terutamanya mereka yang ingin memutihkan gigi. Arang ditumbuk lumat sehingga bertukar menjadi serbuk sebelum disapukan pada gigi.

Ubat Gigi
Menyedari proses menghasilkan serbuk arang agak sukar dan memakan masa, lantaran itu ubat gigi diperkenalkan. Hari ini, ubat gigi menjadi pilihan utama dalam rutin penjagaan mulut harian masyarakat kini. Dan jika dahulu, ubat gigi diperkenalkan dengan rasa pudina, tetapi ia kini boleh di dapati dalam pelbagai jenis perisa.



Affiliates

 
Chatroom