
Filem: Up In The Air
Genre: Komedi, Drama, Cinta
Pengarah: Jason Reitman
Pelakon: George Clooney, Vera Farmiga, Jason Bateman, Sam Elliot, Anna Kendrick, Melanie Lynskey
Tayangan: Mulai 4 Mac
Sinopsis Filem Up In The Air
Filem Up In The Air ini mengenai seorang lelaki, Ryan Bingham, yang asyik terbang ke seluruh Amerika Syarikat bagi memecat pekerja, tugas yang tidak berani dilakukan majikan lain. Dia bagaikan hidup dalam perjalanan dan tidak terikat dengan sebarang hubungan. Keadaan mula berubah apabila syarikatnya mengambil wanita yang kuat bekerja, Natalie Keener. Natalie berasakan syarikat mampu memotong kos dengan memecat pekerja menerusi persidangan video, tanpa perlu terbang ke sana-sini. Ryan tidak bersetuju dengan Natalie, menyebabkan majikan mereka mahu wanita itu menyertai Ryan dalam misi seterusnya.
Sajak: Jika Aku Mati
-
Jika aku mati Jika aku mati Adakah kamu akan menangisi pemergianku Jika aku
mati Adakah kamu akan mendirikan solat untukku Jika aku mati Adakah kamu
akan m...








