Home » » Coklat kurangkan tekanan darah

Coklat kurangkan tekanan darah

Kajian ke atas hampir 20,000 responden selama sekurang-kurangnya 10 tahun menunjukkan pengambilan sedikit coklat setiap hari mampu mengurangkan risiko serangan jantung atau angin ahmar sebanyak hampir 40 peratus.

Mereka yang memakan purata enam gram coklat setiap hari atau bersamaan satu perempat daripada sekeping coklat, adalah 39 peratus lebih rendah terkena serangan jantung atau strok.

Sebelum ini banyak penyelidikan menyarankan pengambilan sedikit coklat hitam setiap hari baik untuk kesihatan, namun ini adalah kajian terawal mengenainya. Pakar berpendapat flanovol di dalam coklat memberi faedah kepada tubuh kerana ia mengembangkan saraf, sekali gus menurunkan tekanan darah. - European Heart Journal.



Affiliates

 
Chatroom