Home » » Curang punca puteri Sweden berpisah

Curang punca puteri Sweden berpisah

Pendedahan terperinci yang dibuat oleh seorang pelajar perempuan di sebuah universiti, Tora Uppstrom Berg yang pernah menjalin hubungan seks dengan tunang lelaki anak perempuan Raja Carl XVI yang memerintah Sweden di sebuah majalah memberi padah yang besar, lapor sebuah akhbar semalam.

Pendedahan itu menyebabkan pihak istana membuat pengumuman menamatkan pertunangan antara anak perempuan Raja Carl XVI, Puteri Madeline yang berumur 27 tahun dengan seorang peguam, Jonas Bergstrom yang telah menjalin hubunagn seks dengan pelajar wanita tersebut.

Sebelum ini, peguam itu telah bertunang dengan puteri Sweden berkenaan selepas mereka bercinta selama lapan tahun.

Namun, bakal putera yang berusia 31 tahun itu telah berlaku curang dengan seorang pelajar fotografi di Arts University College pada satu percutian ski bersama rakan-rakannya.

Pelajar wanita yang berumur 21 tahun itu mendakwa dia telah mengadakan hubungan seks dengan tunang Puteri Madeline itu.

Hubungan seks itu berlaku di sebuah resort ski eksklusif di Sweden setelah mereka bertemu di sebuah kelab malam.

Selepas pengakuan pelajar itu yang merupakan bintang bola baling Norway kepada sebuah majalah, istana diraja Sweden telah mengumumkan bahawa pertunangan pasangan itu telah ditamatkan.

"Saya mempunyai hubungan sulit dengan tunang Puteri Madeleine. Kami sangat mesra dan dia mengikut saya pulang dengan teksi pada pukul empat pagi.

"Jika saya tahu (dia tunang Puteri Madeline), saya tidak akan melakukannya. Saya berasa kasihan kepada Puteri Madeleine kerana dia mempunyai teman lelaki yang curang," kata pelajar wanita berkenaan.

Puteri Madeleine telah berlepas dengan menaiki pesawat ke New York bagi memenangkan fikiran apabila mengetahui mengenai berita mengenai kecurangan tunangnya itu.

"Saya tidak dapat menjangka ia akan berlaku dan saya kesal menceritakan skandal ini. Saya rasa bersalah kepada Puteri Madeleine," kata pelajar tersebut. - Agensi



 
Chatroom