Home » » Jom Miliki Tubuh Idaman Dalam Masa 3 Minggu

Jom Miliki Tubuh Idaman Dalam Masa 3 Minggu

Kamu ingin mendapatkan tubuh idaman dengan hanya 3 minggu? Jom kita lihat antara gerakan senaman yang sesuai buat kamu yang inginkan hasil cepat dan selamat.

1.Lunge

a. Minggu pertama
Berdiri, jarakkan kaki kamu sedikit , angkat “dumble”dengan kedua-dua belah tangan setinggi bahu. Langkah kaki kanan ke belakang dalam 60cm, tarik nafas sambil membengkokkan kedua-dua belah kaki kamu sehingga terbentuk 90 darjah. Kira sampai 20 dan tukar ke bahagian kaki kiri ulangi gerakkan ini selama 10minit.

b. Minggu kedua
Lakukan Lunge seperti minggu pertama . berdiri dan angkat kaki kiri sehingga terbentuk 90 darjah. Pastikan “dumble” di angkat sehingga keparas bahu. Biarkan posisi ini selama 30 saat .

c. Minggu ketiga
Untuk minggu ketiga masih menggunakan posisi lunge pada minggu kedua. Tetapi gerakkan badan kamu sejajar dengan perubahan kaki kamu. Pusing badan kamu ke kanan apabila kaki kiri diangkat.

2.Bent Over Row

a.Minggu pertama
Duduk di bahagian hujung kerusi, jarakkan kaki kamu. Bengkokkan badan kamu ke hadapan. Luruskan kedua-dua tangan kamu sambil memegang “dumble”. Bengkokkan sedikit kedua-dua belah tangan kamu .tahan untuk 1 minit dan ulangi gerakkan ini.

b. Minggu ke dua
Posisi badan yang sama seperti minggu pertama Cuma untuk gerakkan ini kamu harus berdiri. Jarakkan kaki kamu ketika berdiri bengkokkan badan sedikit ke hadapan. Dan angkat “dumble” kamu ke arah tulang rusuk.

c. Minggu ketiga
Berdiri di atas satu kaki, pastikan kamu seimbang ketika berdiri. Condongkan sedikit badan ke hadapan. Angkat “dumble” ke arah tulang rusuk pastikan kaki yang diangkat diluruskan kedudukannya.

3.Over head Press


Jumlah oksigen yang akan sampai ke otak akan berkurangan sekiranya kamu tidak cukup tidur. Kesannya, kamu akan kekurangan daya keseimbangan badan. Ia mungkin kedengaran biasa, tetapi cuba kamu bayangkan apa yang akan berlaku
sekiranya kamu membawa kereta tanpa keseimbangan badan yang sepenuhnya?

a.Minggu Pertama
Duduk pada hujung kerusi , jarakkan sedikit kaki, angkat “dumble” setinggi bahu kamu. Pastikan tapak tangan kamu menghadap ke hadapan dan siku menghala ke bawah . Biarkan posisi kamu itu untuk 30saat dan perlahan-lahan menaikkan dumble ke atas.

b.Minggu Kedua
Posisi gerakkan yang sama seperti minggu pertama . buka sedikit bahagian kaki kamu dan berdiri lurus. Dan angkat “dumble” ke atas dan luruskan tangan kamu untuk beberapa saat. Dan ulangi

c.Minggu Ketiga
Posisi yang sama, Cuma pada kali ini angkat sebelah kaki dan kedua-dua tangan kamu bersama “dumble”. Tumpukan berat badan kamu pada sebelah kaki kanan. Lakukan 5-6 kali sehari



 
Chatroom