Penyanyi terkenal Indonesia, Kris Dayanti mengaku pernah menjalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan Timor Leste, Raul Lemos.
Beliau menyatakan hubungan itu berakhir kerana Lemos berbohong mengenai status perkahwinannya.
"Dia memberitahu sudah menceraikan isterinya. Saya sedar membuat kesilapan dengan mempercayainya apabila isterinya menunjukkan bukti mengenai perkahwinan mereka," kata Kris Dayanti.
"Pada masa ini kami tidak lagi menjalin hubungan. Saya meminta maaf kepada isteri Lemos dan keluarganya. Saya meminta maaf atas kesilapan itu," katanya.
Lemos pada masa ini berkahwin dengan Shechah Salem Sagran dan mempunyai tiga anak.
Khabar angin mengenai hubungan cinta itu bermula September lalu selepas suami Kris Dayanti, pemuzik Anang Hermansyah keluar rumah dengan membawa dua anak mereka.
Perceraian pasangan itu diumumkan di mahkamah beberapa bulan kemudian.
~ Sinar Harian
Finalis Kilauan Emas sudah bersedia berentap di pentas akhir Kilauan Emas
-
Finalis Kilauan Emas 3 ialah Mior, Silah, Idris dan Alina dan finalis ini
sudah bersedia untuk berentap bagi merebut gelaran Juara Kilauan Emas Musim
Ketig...









