Home » » Sinopsis Sayang Cendana (Slot Lagenda TV3)

Sinopsis Sayang Cendana (Slot Lagenda TV3)

Bagi peminat slot Lagenda TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 4.30 petang, cerita dongeng mitos patung Cendana, iaitu Sayang Cendana telah mula bersiaran mulai 3 Mei ini.


Sinopsis Sayang Cendana
Sayang Cendana menceritakan percintaan antara manusia dan Puteri dari alam fantasi. Ia membawa mesej bahawa kesetiaan pada cinta lahir daripada hati yang tulus ikhlas dan bukannya berdasarkan rupa. Buruk akibatnya sekiranya melanggar janji dan mengkhianati insan yang tercinta.

Kisahnya bermula apabila seorang Puteri fantasi, Cendana lakonan Juliana Evans dihukum oleh ayahandanya menjadi patung di alam manusia sehingga menemui cinta sucinya. Cendana terpisah dengan dayangnya Donna lakonan Nadia Mustapha dan muncul di sebuah butik tertinggal. Selepas 30 tahun, premis itu dibeli oleh Amelia.

Amelia dan adiknya, Hakimi terjumpa patung Cendana sewaktu mengemas stor. Hakimi ialah seorang lelaki yang pemalas. Dia mengalami kecacatan di muka dan kakinya tempang sewaktu menyelamatkan kakaknya dulu. Amelia mahu buang patung Cendana tetapi Hakimi pula membawanya pulang. Sementara itu, Donna tidak pernah berputus asa untuk mencari Cendana.

Patung Cendana menjadi peneman Hakimi ketika bosan namun tanpa diketahuinya kasih sayang ikhlas Hakimi terhadap patung Cendana menghidupkan semula Cendana. Akhirnya, Cendana berubah menjadi manusia dan bercinta dengan Hakimi. Dengan kuasa magiknya, Hakimi berubah menjadi seorang lelaki yang tampan.

Hakimi berjanji akan menyintai Cendana dengan sepenuh hatinya. Namun, godaan seorang model, Risya lakonan Kat Mentor mula mempengaruhi Hakimi. Apakah pengorbanan Cendana akan membawa kebahagiaan kepadanya. Adakah Hakimi cinta sejati Cendana.

Drama 20 episod yang dilakonkan oleh Juliana Evans, Fezrul Khan, Nadia Mustapha, Intan Azura, Shajiry, Kat Mentor, Tony Eusoff, Kuman dan ramai lagi ini diterbitkan Pena Creatives Pictures dan diarahkan oleh Ismail Yaakob serta penghasilan skrip oleh Mazelan Manan.



Affiliates

 
Chatroom