Home » » Fasha terima lamaran cinta Rizal

Fasha terima lamaran cinta Rizal

Teka-teki mengenai hubungan pelakon popular, Fasha Sandha, 26, dengan bekas suami aktres Nora Danish iaitu Rizal Ashram Ramli, 34, akhirnya terjawab apabila Fasha mengaku mereka adalah pasangan kekasih.


Menurut Fasha, mereka berkawan sejak tujuh tahun lalu dan bercinta secara rasminya pada Mei lalu di Pulau Lang Tengah, Terengganu.

"Ya, Rizal adalah kekasih saya dan kami bahagia sekarang. Kami memang sudah lama berkawan dan bila kita kenal seseorang itu, maka timbullah perasaan sayang.

"Setakat ini kedua-dua keluarga kami sekadar tahu yang kami berkawan sahaja. Tentang penerimaan keluarga Rizal, saya tidak kisah sebab kami belum rancang untuk berkahwin. Mereka suka atau tidak, yang penting saya dan Rizal bahagia.

"Apapun orang kata mengenai Rizal, saya terima seadanya. Begitu juga dengan Rizal, dia menerima baik buruk mengenai saya," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar drama bersiri Duyong Aridinata di Ampang, semalam.

Pada Mei lalu, Rizal telah membuat kejutan pada Fasha apabila dia hadir ke lokasi penggambaran Duyong Aridinata di Lang Tengah dengan menaiki helikopter.

Kehadiran Rizal bertujuan untuk melamar Fasha menjadi kekasihnya dengan memberikan sebentuk cincin sebagai tanda cinta mereka.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK



Affiliates

 
Chatroom