Home » » Rawatan Smartlipo & Serdev

Rawatan Smartlipo & Serdev

Runsing memikirkan cara mengembalikan keanjalan kulit dan kelangsingan tubuh yang selamat, tidak menyakitkan dan hasil yang segera? Untungnya kini, perkembangan rawatan estetik semakin menampakkan harapan buat kita semua dengan penemuan rawatan-rawatan pelangsingan badan yang baru dan canggih. Dengan kehadiran pelbagai jenis rawatan di pusat-pusat pelangsingan badan, mungkin ada ramai yang masih keliru dan rambang mata untuk memilih apakah rawatan yang ingin dilakukan.

Pusat rawatan sehenti (one stop centre) ini menjadi kunjungan ramai kerana ia menawarkan pelbagai jenis rawatan anti penuaan dan pelangsingan badan yang menggunakan teknik dan teknologi terkini. Pelanggan boleh mendapatkan rawatan-rawatan yang disediakan pada waktu rehat tengahari, dan kemudian kembali bekerja seperti biasa. Bukan itu sahaja, prosedur rawatannya juga mementingkan keselamatan dan keselesaan pelanggan.

Menurut Perunding Estetik, Dr. Ng Kuan Choong, rawatan pelangsingan tubuh dan keanjalan kulit ini merupakan alternatif terbaik bagi mereka yang tidak mahukan sebarang pembedahan yang menyakitkan untuk tampil cantik. “Lazimnya, pelanggan boleh mendapatkan rawatan-rawatan yang disediakan ini pada waktu rehat tengahari, dan kemudian kembali bekerja seperti biasa. Ia mudah, cepat dan yang paling utama selamat,” ujarnya. Rawatan-rawatan ini bertindak secara lembut ke atas kulit serta tidak menyebabkan berlakunya sebarang komplikasi seperti pembengkakan, pendarahan ataupun parut yang kekal. Antara rawatan yang paling popular termasuklah' Smartlipo' dan 'Serdev'.

Lazimnya, rawatan menggunakan kaedah 'Smartlipo' mengambil masa antara 30 minit hingga dua jam, bergantung pada bahagian badan mana yang ingin dirawat. Apa yang menarik adalah pelanggan hanya perlu menjalani rawatan ini sekali sahaja tanpa rawatan susulan. “'Smartlipo' merupakan rawatan terbaik bagi menyingkirkan lemak-lemak degil pada bahagian tubuh. Rawatan pelangsingan badan menggunakan sistem laser khas ini bertindak mencairkan lemak (yang sebelum ini dalam bentuk pepejal) menjadi minyak (dalam bentuk cecair). Secara tidak langsung ia mudah disingkirkan daripada badan,” ujarnya.

Satu lagi rawatan yang ditawarkan adalah 'Serdev' iaitu sejenis rawatan menegangkan kulit wajah yang mulai menggeleber. Prosedur rawatannya ringkas iaitu menggunakan jarum dan benang yang diimport daripada Bulgaria. Kulit wajah yang menggeleber akan ditarik naik ke atas kepala dan kemudian dilipat menggunakan benang.



 
Chatroom