Home » » » Sinopsis Drama Tudung Ekspres

Sinopsis Drama Tudung Ekspres

Tudung Ekspres mengisahkan Erin (Lisa Surihani), Dira (Julia Ziegler), Mei (Chermaine Poo) dan Del (Linda Hashim) berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam mengejar cita-cita dan isu semasa yang terpaksa wanita bertudung hadapi dalam konteks masa kini. Di samping penampilan sopan yang ditonjolkan, aspek kecantikan turut dititikberatkan di mana penglibatan Garnier dilihat membantu wanita untuk tampil lebih yakin dan jelita.


Kesempurnaan yang dicari, dilema persoalan cinta, isu agama dan cabaran cita-cita antara isu utama yang diutarakan dalam drama 13 episod ini. Jangan lepaskan peluang menyaksikan Tudung Ekspres setiap Khamis, jam 9.30 malam bermula 8 Julai ini, hanya di Astro Prima (saluran 105).

Empat watak yang dipegang oleh Lisa Surihani, Julia Ziegler, Linda Hashim dan Chermaine Poo mempunyai keistimewaan dan kelebihan masing-masing untuk menguatkan jalan ceritanya.

Pengarah Faisal Ishak ketika ditemui di majlis pelancaran drama itu baru-baru ini memberitahu, 'Tudung Ekspres' mengisahkan tentang kehidupan empat orang wanita bertudung yang memiliki karektor dan kisah tersendiri.

"Sebagai contoh, Lisa yang membawakan watak Erin, seorang gadis kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-citanya. Seperti remaja lain dia tidak terlepas dengan masalah cinta kerana diintai oleh seorang jejaka yang meminatinya. Pada saya, watak Erin agak berbeza dengan watak-watak yang pernah dijayakan oleh Lisa kerana ianya agak kelam kabut, kelakar dan dalam masa yang sama ambil berat mengenai rakan-rakannya.

"Julia membawakan watak sebagai seorang ibu bekerjaya. Dilema yang dihadapi pula adalah kerana sikapnya yang sangat mementingkan kesempurnaan. Linda membawakan watak sebagai Del, seorang wanita muda yang meminati bidang fotografi tetapi tidak mempunyai sebarang kelulusan dalam bidang tersebut. Keadaan itu menyebabkan dia berdepan dengan pelbagai masalah.

"Chermaine pula memainkan watak sebagai Mei iaitu seorang saudara Islam baru, dan berdepan dengan masalah penerimaan keluarga terhadap agama yang menjadi pilihannya," kata Faisal yang optimis drama tersebut akan disukai ramai apabila ditayangkan kelak.



 
Chatroom