Home » » » Susahnya mahu kurus

Susahnya mahu kurus

Aktres terkenal Hollywood, Gwyneth Paltrow baru-baru ini mendedahkan kelahiran anak keduanya benar-benar menguji kesabarannya untuk menurunkan berat badan.


"Saya tidak mempunyai masalah untuk menurunkan berat badan selepas kelahiran pertama dahulu, namun kali ini sedikit sukar.

Saya perlu benar-benar menjaga diet dan ia sesuatu yang tidak mudah," katanya.

Kata aktres itu, dia bagaimanapun bernasib baik kerana dibantu oleh jurulatih peribadinya, Tracy Anderson.

Gwyneth, 37, memiliki dua anak, Apple dan Moses hasil perkongsian hidup bersama suaminya, vokalis kumpulan Coldplay, Chris Martin, 33.



 
Chatroom