Home » » Drama Lagenda Budak Setan

Drama Lagenda Budak Setan

Drama Lagenda Budak Setan akan disiarkan di Astro Prima (saluran 105) mulai 10 Ogos ini, setiap Selasa, pukul 10.30 malam.




Bercerita mengenai lakonannya dalam siri itu, Farid akui banyak perubahan yang dilakukan. Antaranya, Farid tampil dengan rambut pendek berbanding dalam filem berkenaan.

“Siri ini lebih menyeluruh dan melankolik. Corak persembahannya juga sama sekali berubah. Jadi, saya sampaikan seperti apa yang terdapat dalam novel.

“Tahap lakonan saya masih sama seperti dalam filem tetapi untuk siri ini kita kembangkan plotnya. Jadi, ada sesetengah babak lakonan saya dalam siri ini tak pernah dipaparkan dalam filem sebab siri ini menceritakan tentang watak Kasyah dari zaman kanak-kanak, pelajar sekolah, pelajar kolej sehingga alam dewasa,” ujarnya.

Selain Farid, pelakon lain yang turut menjayakan siri arahan Along Kamaruddin itu adalah Maslina Nasir sebagai Ayu, Jue Aziz (Emilia), Melissa Maureen Rizal (Katerina), Nas T (Azmi), Arifah Damanhuri (Mak Leha) dan Ngasriah Ngasri (Suzana).

Melihat senarai pelakon ini, Farid tampil sebagai ‘tiang seri’ memandangkan semuanya merupakan muka baru cerita yang diadaptasi dari novel Lagenda Budak Setan hasil tulisan Ahadiat Akasyah.

“Saya rasa seronok dengan pengalaman baru ini apabila berpeluang bergandingan dengan pelakon-pelakon muda dan baru. Cerita ini mengangkat budak bernama Kasyah dan saya perlu membawa ceritanya.

“Jadi sama ada wajah baru atau lama, pelakon-pelakon itu hanya aksesori yang mencantikkan jalan ceritanya. Apa yang saya lihat, gandingan bersama-sama mereka sesuai dengan penayangan cerita ini di televisyen.

“Saya berharap impak penonton yang diberikan kepada siri televisyen Lagenda Budak Setan ini sama dengan impak menerusi filem,” katanya.



 
Chatroom