Home » » Sinopsis telefilem khas Ramadan, Mencintaimu

Sinopsis telefilem khas Ramadan, Mencintaimu

Sinopsis telefilem Mencintaimu

Telefilem Mencintaimu ini mengisahkan Airil, seorang usahawan muda yang menjadi idaman ramai wanita.



Biarpun sudah berusia 30 tahun, dia masih belum berkahwin kerana semua wanita yang ditemui belum menepati cita rasanya termasuklah Nessa, pilihan ibunya.

Bagaimanapun, segalanya berubah selepas pertemuan dengan Sofia, seorang gadis yang ditemuinya di luar pejabat.

Kedua-duanya terlanggar satu sama lain kerana terlalu rancak berbual di telefon bimbit.

Disebabkan 'perlanggaran' yang tidak sengaja itu, telefon bimbit Sofia berterabur dan Airil membantu Sofia mengutipnya.

Semasa itulah beg komputer bimbit mereka telah bertukar tanpa mereka sedari.

Apabila Airil berada di pejabat untuk mesyuaratnya barulah dia sedari komputer riba tersebut bukan miliknya.

Mujur kad nama dan buku nota Sofia ada di dalam beg komputer itu. Airil menghubungi Sofia yang terkejut kerana tidak menyangka mereka tertukar komputer.

Mereka bertemu seperti yang dijanjikan dan bertukar-tukar komputer, Sofia beredar meninggalkan Airil.

Pertemuan itu telah meninggalkan kesan yang cukup besar dalam hidup Airil. Dia dapat merasakan Sofia memiliki keistimewaan tersendiri berbanding gadis-gadis lain yang pernah dikenalinya.

Selepas pertemuan pertama itu, Airil memberanikan dirinya untuk bertemu dengan Sofia lagi.

Dari sekadar kenalan biasa, mereka menjadi semakin rapat dan Airil memberanikan diri meluahkan perasaannya kepada Sofia.

Ternyata dia tidak bertepuk sebelah tangan. Airil memberitahu keluarganya akan hasratnya hendak menjadikan Sofia ratu hatinya.

Namun, dalam usaha untuk membina masjid, keinginan Airil ditentang oleh keluarganya. Airil dan Sofia terpaksa melalui banyak dugaan.

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, jangan ketinggalan untuk menonton lakonan Adi Putra dan Ayu Raudhah dalam telefilem khas Ramadan, Mencintaimu.

Tidak ketinggalan telefilem ini dibintangi oleh Wan Nor Azlin dan Ridzuan Hashim.

Mencintaimu ditayangkan pukul 9 malam ini (14 Ogos) di TV1.



Affiliates

 
Chatroom