Home » » Sinopsis Telemovie Berdosakah Aku

Sinopsis Telemovie Berdosakah Aku

Sinopsis Telemovie Berdosakah Aku
Berdosakah Aku menyingkap kisah hidup seorang wanita bernama Nuriah yang mempunyai tiga anak iaitu Zahid, Haryani dan Nurhidayah.

Berdosakah Aku
Mengingatkan setiap manusia dilahirkan dengan berbeza acuan kehidupan, Nuriah mengalami tekanan hidup sejak hamil sehingga tamat riwayatnya akibat sikap suaminya yang mata keranjang.

Sakit meroyan yang dialami oleh Nuriah membuahkan rasa benci terhadap anak keduanya, Haryani.

Tidak tahan melihat cucunya didera dan dibenci, ibu Nuriah mengambil tanggungjawab membesarkan Haryani sehingga dewasa membuatkan Haryani menyangka neneknya itu adalah ibunya.

Sejak kematian nenek, Haryani tinggal bersama keluarganya. Sudahlah dibenci oleh ibunya, abangnya pula menaruh perasaan terhadapnya.

Harapan Nuriah tertumpu pada anak bongsunya Nurhidayah namun, hatinya punah apabila Nurhidayah yang berkelakuan baik di depannya disahkan hamil anak luar nikah.

Selain Sheila Rusly, turut membintangi drama itu ialah Noorkhiriah, Qazem Nor, Khairil Anwar dan Amanda Misbun.

Drama berkenaan dijangka menemui penonton TV3 pada Oktober ini.



 
Chatroom