Sinopsis Madu Sorok
Arun mempunyai dua orang isteri iaitu Aida dan Maisara. Hasil perkahwinan dengan mereka, dia memperoleh sepasang cahaya mata dari kedua-dua isterinya yang kini sudahpun menginjak remaja. Aida selaku isteri tua tidak mengetahui dirinya dimadukan. Bagaimanapun Maisara tahu statusnya sebagai isteri kedua namun tidak pernah mengetahui siapakah madunya.
Arun menyimpan rahsia ini selama 18 tahun dan bijak membahagikan masa antara Aida dan Maisara. Siang selepas waktu pejabat dia pergi ke rumah Maisara dan malam barulah dia pulang ke rumah Aida. Namun, pada suatu hari, anak sulung Arun, Johan ternampak bapanya bersama Maisara di klinik. Setelah mengekori mereka, barulah Johan mengetahui bahawa bapanya telah berkahwin dua.
Tarikh siaran: 9 September
Waktu siaran: 9 malam
Saluran: TV3
Pelakon: Jalil Hamid, Aida Khaleda, Rozita Che Wan, Kamal Adli, Raja Farah dan Intan Ladyana.
Puisi Dengarkan
-
Jika ku minta kau untuk dengarkan aku Dan kau malah memberikan saran, Kau
tidak mengerjakan apa yang ku minta Jika ku minta kau untuk dengarkan aku
Dan kau...










