Home » » Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah (Kampung)

Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah (Kampung)

Hantu Kak Limah Balik Rumah mengisahkan mengenai Hussein yang baru pulang dari Singapura selepas merantau selama beberapa tahun. Ketika pulang ke rumah, dia ternampak jirannya Kak Limah sedang berdiri di tepi tingkap. Hussein cuba menegur tetapi tegurannya tidak dibalas oleh Kak Limah menyebabkan, Hussein pelik melihat perubahan sikap jirannya itu.



Selain pulang untuk menjenguk kampung halamannya, tujuan Hussein pulang ke kampungnya adalah untuk berjumpa dengan bekas tunangnya Che Nin, anak dara kepada pemilik kedai kopi di kampung mereka bernama Pak Jabit. Namun kepulangan Hussein tidak disukai oleh Pak Jabit. Setiap kali singgah di kedai Pak Jabit, Hussein akan mengambil peluang itu untuk bertemu dengan bekas tunangnya. Tanpa mengetahui sebenarnya Che Nin sudah meninggal dunia. Siapakah Che Nin dan siapa pula Kak Limah? Untuk mengetahui kesudahan filem ini, saksikan Hantu Kak Limah Balik Rumah.



Affiliates

 
Chatroom