Home » » Drama Pengantin Untuk Dijual mulai 3 Januari 2011, jam 9 malam, setiap Isnin dan Selasa

Drama Pengantin Untuk Dijual mulai 3 Januari 2011, jam 9 malam, setiap Isnin dan Selasa

Sinopsis Pengantin Untuk Dijual (PUD)

Cinta boleh dijual beli, kenapa tidak sebuah perkahwinan? Pada zaman tiada lagi cinta sejati, semuanya boleh diperdagangkan dengan wang ringgit. Justeru, cinta tidak lagi memberi sebarang makna.

Mana letaknya maruah seorang wanita apabila perkahwinannya bakal menjadi sebuah perdagangan cinta. Seorang wanita cantik dalam dilema sama ada menuruti kehendak ibunya berkahwin dengan hartawan untuk menyelamatkan perniagaan keluarga atau mempertahankan cinta terhadap kekasihnya.


Inilah persoalan atau konflik yang cuba dirungkai drama bersiri terbaru terbitan Global Station Sdn Bhd, Pengantin Untuk Dijual (PUD). Temanya masih sama iaitu cinta, tetapi kali ini ia digarap menjadi lebih tragis apabila sebuah perkahwinan diperdagangkan semata-mata melangsaikan bebanan hutang apabila kuasa cinta tidak lagi membawa sebarang erti.

PUD lakonan hebat Rita Rudaini sebagai Indah Amilea, pemilik kedai bunga, Indah Florist, berada dalam keadaan serba salah untuk menerima cinta seorang VIP yang sudah beristeri semata-mata menuruti kehendak ibunya atau nekad berkahwin lari dengan kekasihnya.

Ketegangan hubungan kekeluargaan, iri hati, kecurangan, pengorbanan dan konflik kewangan mengharungi dunia perniagaan adalah inti pati PUD sebagai wadah hiburan seisi keluarga sempena pembuka tirai 2011 menerusi saluran Tayangan Hebat Astro (ABO).

INFO PENGANTIN UNTUK DIJUAL

TERBITAN: Global Station Sdn Bhd

PENERBIT: Datin Zaiton Mohamad Jiwa

PENERBIT EKSEKUTIF: Zetty Adila Datuk Ramly

PENGARAH: Mohamed Feroz Abdul Kader Sahib

PENGARAH BERSAMA: Noorsyahida Mohd Radzali

PENULIS SKRIP: Rina Khan

GENRE: Drama, 13 episod

JURUKAMERA: Azri Izhar

PELAKON: Aqasha, Rita Rudaini, Fahrin Ahmad, Zain Ruffedge, Betty Rahmad, Shahz Jaszle, Zila Bakarin, Nadia Mustafar, Rosnah Johari, Natasha Hudson, Riezman Khuzaimi, Sabrina Ali, Dian P Ramlee, Rahim Jelani dan Nabila Dally Pilih Kasih

TARIKH SIARAN: mulai 3 Januari 2011, jam 9 malam, setiap Isnin dan Selasa

SALURAN: 953 menerusi Tayangan Hebat Astro (ABO)

LANGGANAN: hubungi 1300 82 3838 atau (03) 7494 5050 atau layari www.astro.com.my



 
Chatroom